October 09, 2010
Dari Meja Admin Emas Sutera :: Malaysian Men, Bila Nak Insaf?
Saya menulis dari meja Admin Emas Sutera.
Sejak iklan dengan gambar Pengurus Butik merangkap Konsultan Produk kami, Iza Zuhana keluar di dada-dada akhbar, talian yang kami gunakan untuk tujuan iklan tersebut tidak putus-putus berdering. Alhamdulillah, dengan kejayaan Iza (yg kami panggil Zaza) menurunkan berat badannya atau secara spesifik peratus lemaknya dengan banyak, ramai antara pemanggil-pemanggil tersebut adalah prospek yang positif. Terima kasih saya ucapkan atas sokongan kalian.
Tapi sayang, tidak kurang; malahan terlampau ramai antara pemanggil-pemanggil itu adalah lelaki-lelaki yang maaf saya nak cakap pada hemat saya MELAYU yang mengaku ISLAM memanggil atas tujuan yang sangat tidak sopan. Ya benar, ini perkara biasa bagi talian-talian yang dimasukkan di dalam iklan. Syarikat kami pun bukan sekali ini masuk iklan, berbelas tahun kami berniaga, memang dah banyak talian kami yang di'publish' di dada-dada akhbar juga majalah.
Sedih, mengapa ia mesti menjadi perkara biasa? Kadang-kadang, tak puas dengan panggilan yang memuakkan, SMS pula yang bukan-bukan. Kata-kata keji yang anda sendiri akan marah bila kata-kata itu ditujukan kepada IBU, KAKAK, ADIK PEREMPUAN malahan ISTERI atau ANAK PEREMPUAN anda sendiri. Kalau setakat mempromosi produk tu tidaklah kami hairan, normallah tu, tapi ini macam orang tak cukup akal. Kenapa mesti orang MELAYU kita bertindak begini? Sangat memalukan! Keruntuhan moral dikalangan orang Melayu yang mengaku Islam masakini adalah suatu perkara yang harus dipandang serius. Kita tidak harus biarkan ini berterusan.
Saya sendiri akan dan telahpun menghantar nombor-nombor 'kurang ajar' ini ke pihak berwajib seperti POLIS, SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA dan sebagainya untuk tindakan undang-undang. Kami juga telah 'save' nombor-nombor itu dengan label-label mengikut bicara kotor mereka, dan selalunya nombor yang sama akan berulang-kali melakukan perkara yang sama tetapi adakalanya cuba menipu menggunakan nama samaran yang berlainan. Kami juga telah mengenal pasti suara pemanggil, ada 2-3 pemanggil yang sudahpun kami cam dan rakam, memang orang yang sama. Apa tujuan mereka, Allah sahaja yang tahu.
Tetapi tak kurang juga bunyinya seperti beberapa 'rival' lain yang cuba menakut-nakutkan kami. Untuk mereka-mereka yang begini, sudahlah tu, tak payah bazir kredit, anda usaha dengan gigih, insya Allah rezeki mesti Allah beri pada anda. Perniagaan biar barakah, ia akan jadi darah daging. Darah daging yang datang dari sumber yang tidak berkat, sembahyanglah tonggang tonggek berpuluh puluh rakaat, daging itu tetapi akan dimamah-jilat api neraka hingga hancur lebur tanpa abu!
Janganlah ingat kami di sini anak-anak kecil yang bodoh. Kami ada maruah, kami ada akal fikiran dan kami juga ada DOA. Kami percaya pada Allah, kami percaya pada Qada' dan Qadar. Bertaubatlah sebelum terlambat, Munkar dan Nakir di kiri kanan anda sentiasa memerhatikan gerak geri perbuatan keji anda itu. Jangan nanti suatu hari, Allah balas anda CASH di dunia, dan KREDIT POST DATED CHEQUE di Akhirat, tak guna menyesal ketika itu.<
Wassalam.
August 18, 2010
Our Predicament as a Salesperson...
I posted a status ~
Zaza-Eejay Zulkifle :: Myra Bling Bling cakap jangan pegi kedai barang2 salun kat seksyen 9 tu, blakang restoren fevret aku chan abdullah tu, dia kata dia ban kedai tu sebab dia kena maghah kat situ heheh~ [minah ni tengah mengecowh kat blakang aku niha :op~]
18 hours ago · Comment · Unlike
You and Herleena Jamaluddin like this.
And I commented on it....
Zaza-Eejay Zulkifle :: According to Cik Myra kita, d chinese lady was screaming at her, marah marah. Well, kalau ikut citer Myra ni memang la berasap telinga ye tak? If I were her pun I'd sebar to everybody to avoid dat particular shop. But cuba perhatikan wat I haf to say plak...
I'd like to berkongsilah eh...
I am a salesperson too. I sometimes do speak very loudly & very very bold [org yg dah kenal lama memang calls me Petir] and some customers DO take it wrongly, maybe it is my fault for having such loud & clear voice. This loud voice has given me both advantages & disadvantages. For example masa Kem JKM KTC UTM [Achik, kak Wan, kak Mar & many more *wink*] and it gave me an advantage - I was elected d only girl head of kumpulan which later on gives me a favor to lead a Bureau in that elite college body. Being a leader wasn't always a sunny day, i had many enemies & peers, equally. Most of them hated my loduness. Back in Mozac, most of u are here, U know u hated me too, true? hehe~ If u didn't, I am not who I am now. strong & bold. Pedulik haper orang nak kata as long as my conscience is clear. If my conscience aint crystal shiny, then it's between me & God.
Back to the melayan customer story. Sometimes I do feel very d malas nak greet the walk in customers. Maaf nak cakap, terutama sekali orang Melayu kita sendiri. Why? Punyalah kita cuba nak beramah mesra breaking the ice greeting & welcoming them, diorang boleh jeling and walk straight pass us, as if we're some kind of very low lifer whom do not deserve at least a smile back. Sometimes I wonder, what happens to 'Senyuman itu suatu sedekah' or 'Orang berbudi kita berbahasa'? Are we, the SALESGIRLS, SO HINA, that U just walk pass by someone who greeted you so warmly & ikhlas?
Kami faham, our reputation as a marketeer has been spoiled by many rotten salesperson yang pushy, memaksa etc. Yes I sendiri menyampah orang macam ni. But then... Takkanlah dalam setandang pisang semuanya busuk? What we do in Emas Sutera, all our girls are trained to HELP our customers. Emas Sutera offers so many services that many boutiques MIGHT & MIGHT NOT have. Until we relay them all, kami akan rasa terkilan if we just let you go. We would like to introduce who we are in such short encounter, especially to first timers. Apalah salahnya kalau jawab "It's ok Dik, can I just look around until I find sumthing suitable" [ramai juga yg cakap macam ni, kami suka :o) walupun kadang tu org yg cakap 'Adik' tu dah serupa budak sekolah yg layak panggil aku makcik, wah terasa muda~] takpun just SMILE back, itupun dah ok. Kalau itulah gesturenya, kami pahamlah anda tidak serious mencarik barang, perhaps hanya window shopping je kan, so we'll let you go. Ni tidak, Nampak je kami datang menuju nak invite masuk, terus angkat kaki macam nampak hantu pun ada. Sebagai orang Melayu yg supposingly bagus budi pekerti, anda rasa, apakah perasaan para salesgirl saya bila anda semua buat macam tu? Kesian budak2 tu. Terus hilang confidence, hilang mood for like an hour and maybe even feel terhina atau unconfident dah. Ada tau jangan tatau, yang terus trauma & berenti d next day.
So customers, we know how some of U dislike being followed around [in my training I'd call this jadik escort, esp budak2 baru yg belum tau apa nak cakap & masih segan nak mempromote] tapi do tell them off in a nice way lah. A simple "Takpe Dik, akak tengok je dulu" will do, kami paham Bahasa Melayu, Inggeris & sumtimes Arab. I pernah nampak dengan mata kepala sendiri my girls kena herdik, kena marah, just because they're doing their jobs. Biasanya my girls will call the customers Puan or Akak, ada jugak tu yg balas "Apa Puan? Saya Datin tahu?" Allahu Akbar. Oklah takpe, the title is given to you, itu dah rezeki Datin, tapi...
Sedarlah, mungkin anda berpangkat berkasta di dunia ni, tapi di mata Allah, anda dan kami, tidak ada bezanya, kecuali amal.
July 29, 2010
Israel demolishes Bedouin village
![]() |
Forty-five Bedoiun villages are not recognised
by Israeli authorities [Gallo/Getty]
|
Israeli authorities have demolished the homes of about 300 Bedouins in a village in the southern Negev desert.
The entire village of al-Arakib was bulldozed on Tuesday, with many of the former residents' cattle, trees and belongings lost.
Al-Arakib, which had about 40 homes, is one of 45 Bedouin villages not recognised by Israeli authorities. Haia Noach, director of the Negev Co-existence Forum, was present at al-Arakib during the demolition and said that at least five Israeli bulldozers arrived around 5:30am (0230GMT). "It took them about three or four hours to destroy all the houses," she said, describing the scene as "appalling." Scuffles erupted as the villagers and around 150 rights activists tried to stop the police from carrying out the demolitions, with several people wounded and a handful arrested, activists said. Speaking from a town near Beersheba, Noach said that many of the residents had moved to a nearby graveyard to find shade.
Evacuation notice
Police spokesman Mickey Rosenfeld confirmed the early-morning operation, saying the homes had been "illegally built" and were destroyed in line with a court ruling issued 11 years ago which was never implemented. "Around 30 shacks were removed and several hundred people were taken back to the Rahat area where they originally came from," he said, referring to a nearby Bedouin town in Israel's arid south. He said three people had been detained for questioning but were later released without charge. Noach said Israeli authorities had first given residents of al-Arakib a notice to evacaute on June 15, but that no action had followed, so the residents began to doubt that the demolition would occur. But this morning, Israeli police arrived and forced residents to leave their homes within minutes, Noach said.
The demolition team destroyed water tanks and removed generators. "It's like a declaration of war. They don't want you here," Noach said. "It's unthinkable." The residents are now waiting for aid and will probably set up makeshift tents and facilities on the scene, Noach said. According to the Negev Co-existence Forum,around half of the 155,000 Bedouins in the Negev - all of whom are Israeli citizens - live in villages that are unrecognised by the government, without municipal services like water and electricity.
July 27, 2010
Wahai drebar-drebar Malaysia sekalian...
Tonite in front of Petronas Presint 16, as usual I had to slow down because I know for a fact many drivers who comes out of that station ARE SELFISH or maybe just plain FOOLISH. Slowing down, would mean I'm braking; I got flashes from the car behind me, as if I'm a P holder who just learned how to drive. But oh well, maybe he/she doesn't know the area as well as I do, and at least he/she flashed, not honked. Forgiven.
BUT, the expected, HAPPENED. A red, old and hancur looking Kancil came out from the station suka suka ati mak bapak dia je macam la dia sorang punya jalan, tak tengok if the coast was clear main kluarrr jer. Kalau kluar, perlahan takpe, ni dahlah laju, makan jalan till the right lane [where I was] nasib baik I took precaution to take the right lane and slowed down. If not?
So I honked, 2 times, short honks, dat usually means friendly but warningly, right? U know what, the blardy Red Kancil honked back, freakin long loudly, with a flash. WTF? If I'm not a mother of 2, I think I'd stop in front of that car and asked, "KAU APA HAL DAHLAH BODOH, SELFISH, MAIN KELUAR TAK TENTU HALA, MACAM LA JALAN NI KAU SORANG JE PAKAI, LAGI MAW MARAH?!" but being rational, I just gave him a loud honked too, and speed off into my house-lane. Stupid ppl like them do not deserve my time.
Drivers, do sebarkan my story if u wish so. Malaysian drivers needs to be taught MANNERS.
July 25, 2010
Favours.
fa·vour (f![]() ![]() ![]() |
favour US, favor [ˈfeɪvə]
Kalau dah berat sangat kudrat tu nak menolong orang doing simple-simple-lekeh FAVOURS, esok kalau mampus pi jalan kaki masuk kubur sendirik ehk; takde sape nak do u a favour tolong angkat masuk kubur & bacakan Yasin. But if adala yang belas kasihan tolong angkatkan, eloknya campak je orang camni masuk liang lahad tu. Dah kambus tuh pepandai la ngadap Munkar & Nakir, reti jawab ke tak pepandai lah! Takyahlah nak mengharapkan FAVOUR dari orang yang masih hidup nak tolong doakan kesejahteraan kau dalam Alam Barzakh tuh.
July 06, 2010
Extreme Conditions. Unintentionally.
January 14, 2009
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam? :: Artikel MUST READ dari Utusan Malaysia
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
December 06, 2008
Satu Wadah Perjuangan.
Salams semua Pejuang DCL atau rakan-rakan lain yang tidak ada kena mengena dengan DCL (tau pun tidak apa itu DCL? Baca seterusnya)
BC Bangi mengadakan BOM setiap Jumaat 8.30 malam. Ini adalah peluang baik untuk anda membawa prospek anda mendengar perkongsian-perkongsian yang membuka minda malahan info baru tentang produk-produk Halalan Toyyiba DCL yang telah terbukti dengan testimonial yang sahih tidak palsu tentang keberkesanannya.
Anda boleh memilih untuk melupakan email ini, tetapi anda juga boleh memilih untuk datang ke BC Bangi atau sekurang-kurangnya menelefon/sms saya menanyakan 'ape mendenya BOM/DCL ni Zaza?' Niat saya hanya satu, membuka peluang untuk anda merubah nasib dan mengikuti bersama-sama jalan perjuangan saya untuk mengubah tanggapan orang tentang KETIDAKBOLEHAN MELAYU kalau tidak banyak pun sedikit. Sekiranya anda masih di takuk lama dan berfikir anda tidak boleh berjaya dalam MLM, makin perlulah anda hadir ke BOM ini. As an overview, DCL adalah syarikat MLM Bumiputera tulin yang telah terbukti melahirkan 26 orang JUTAWAN MELAYU and counting. Anda semakin berminat tetapi tidak mahu bercakap/sms saya? view http://www.kedaimakan.com/forum/viewtopic.php?f=48&t=761 untuk mendapat sedikit clue.
Sekiranya anda sendiri memerlukan tips-tips berjaya di dalam DCL, jemput hadir pada waktu dan tempat yang saya nyatakan tadi. Jangan risau, ini bukan scam saya tidak ada niat untuk menipu sesiapa, juga tidak langsung mahu memaksa anda untuk datang. Yang mana kawan saya tu, jangan risaulah anda masih kawan saya kalaupun anda tak join DCL. And also, I am not SELLING, I am just TELLING.
Untuk yang sudahpun menjadi ahli, cuba untuk membawa orang baru atau downline moga-moga anda semua diberi petunjuk jalan oleh Allah SWT untuk berjaya. Sekiranya orang lain boleh berjaya, kenapa anda tidak boleh?
Sekiranya aku mahu, Pastinya ada jalannya!
If There's a Will, There's a Way!
Salam Hormat dari BC BANGI.
-Zaza hj Zulkifle [Emerald Manager bakal Diamond Director insya Allah] -
tel :: 019 2449333 Zaza [SMS dilayan] | 019 6682798 Hj Zul [SMS dilayan] | 019 3574154 Hjh Zaleha [SMS tidak dilayan]
BC Bangi Meeting Center :: Seksyen 9 Bangi near Manjaku Baby Center & AmIslamic Bank
BC Bangi Sales :: Butik Emas Sutera, Lot M-10-C Mezzanine Floor, Kompleks Bangi Utama
p/s :: Kepada leader2 MLM lain & Hardcore hardcore Binary :: Leader-leader anda & KING of Binary Yeopdin sudahpun menjadi komuniti DCL, anda mahu tunggu apa lagi? Mana yang masih terpaut dengan MLM bukan Islam... Insaflah. yang kita mahu ialah nikmat Duniawi & Ukhrawi.
December 05, 2008
Menagih Kasih
Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaku
December 04, 2008
Bila kita berkata tentang Wadah Perjuangan
Bagi mereka yang tahu aku dah pun terjun ke alam hardcore MLM, mungkin ada yang pandang sinis, ada jugak yang bangga, ada yang bagi pandangan kureng confident kat aku, ada yang kata alah ikot bontot mama... tak kisahlah. Itu hak mereka untuk berperasaan seperti seorang hak manusia biasa. Bak kata CA Raden, kita susah orang mengata, kita senang pun orang mengata jugak, hah biarlah kita hidup senang. bukan saja senang, tapi tenang! Hakikatnya takdek saper saper yang paksa atau pujuk aku untuk buat benda ni full swing 100% sekarang, aku sendiri yang mahu. Walapun mama sebok dok kata dia yg bagi green light, ah betullah tu, tapi decision is still mine, right? kalopun dia dok pujuk kalau aku tanak tanak lah d thing is masa aku buat decision tu bukannya dia ada cakap apa apa pun. Tapi takpe dia tetap ibu aku so let her take d credit, alhamdulillah i can make her happy.
Pada aku apa yang aku bawa sekarang adalah Wadah Perjuangan DIRI AKU SENDIRI, tetapi wadah perjuangan yang aku katakan untuk diri sendiri ini aku lakukan DEMI KEBAHAGIAN SEMUA YANG ADA SEKELILING AKU. Mama, Papa, Babah, Jazzy, Ayra, Mein, Ateem, makcik, pakcik, nenek & arwah nenek, arwah-arwah atuk, cousin, ipar, duai, kawan, lawan, teman, enemy... pendek kata semua. Aku akan cuba. MEMANG NIATNYA UNTUK SEMUA.
Bila aku pos lirik lagu, lirik nasyid, bukannya aku nak suruh korang nyanyi lagu tu, tapi itu juga salah satu ekspresi terhadap apa yang aku rasa, ekspresi jiwa aku pada ketika ini.
Walaupun ayat 'WADAH PERJUANGAN' tu aku cilok dari slogan DCL, tapi memang kena pun dengan apa yang nak aku luahkan. Mungkin korang tak nampak apa yang aku buat ni adalah satu perjuangan, tapi pada aku memang iya. Bila perkataan 'BERJUANG' itu digunakan, maksud aku ialah apa sahaja yang aku lalui sekarang ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Kenapa tidak? Antaranya?
- Antaranya ialah hidup di kalangan orang-orang yang TIDAK PERCAYA akan IMPAK KEJAYAAN DALAM MLM dan malahan diri aku sendiri PERNAH bertanggapan begitu...
- sukarnya aku untuk meyakinkan orang-orang yang PALING RAPAT dengan aku bahawa jalan yang aku pilih adalah tercipta untuk aku korang tanak takpelah biarlah AKU YANG LALUI.
- Bekerja dengan orang-orang yang dah biasa dalam MLM aku rasa kerdil. tapi dengan rasa kerdil ini akan aku gunakan untuk membina keyakinan dan belajar cara leadership yang paling baik
- Masa. Masa SANGAT cemburu akan aku. Masa untuk kerja. Masa untuk jumpa Prospect. Masa untuk prepare. Masa untuk suami. Masa untuk anak-anak. dan jarang sekali aku ada masa untuk diri aku sendiri 100%. Bila aku CUBA luangkan masa untuk diri sendiri 100% [macam pegi tgk wayang kat cinema yang memang aku tatau nak explain camana it's just my thing] ada lah tu orang yg akan jengkel. So... no me-time, and others'-time also NEVER enuff.
Tu je? Apa lagi perjuangannya? Ah terlalu banyak. SANGAT banyak dan hanya aku yang tahu. Ada jugak cakap bila aku guna ayat berjuang ke jalan Allah dan untuk bangsa aku, aku ni racist. RACIST? Hello I married a half-chinese. If I am a TRUE racist, I wouldn't even consider to take Mr Zairi as my KAWAN pun ok? Ni sekarang dah berumah bertangga sehidup semati, racist hapernya?
Aku hanya nak ubah Hidup Orng Melayu yang DAPAT AKU SENTUH. Yang TANAK DISENTUH, sorry, I won't force you. Hanya korang yang boleh buat decision untuk ubah haluan hidup kornag. tapi kalo korang rasa haluan hidup korang dah memang tak payah diubah, so be it. Pada aku, aku nak tengok anak bangsa aku TIDAK berotak lembap seperti yang aku selalu jumpa. Blur, Slow, Lembap, Miskin, kalau takpun bergaye macam tak miskin tapi hutang sana sini [aku la tu kan dengan credit card aku yg 3 tuh], gedik, tak positif, rajin mencari alasan, ha kalo ada kriteria tu semua confirm MELAYU la tu. Tak malu ke bila bangsa kita dilabel macam ni? Isk isk iskkkk!!!!
Maka dengan sebab itulah... BIARLAH AKU SAHAJA YANG TAHU WADAH PERJUANGAN AKU. Lagipun Dato's Stapa cakap Orang BERJAYA mencari JALAN orang GAGAL mencari ALASAN. Aku tanak gagal lagi!!! Biarlah aku UBAH haluan aku supaya aku bebas beban kewangan, dapat pulak naik haji umur muda muda aduhhh manisnya... Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah ingatkan kami satu Hadis sahih "Barangsiapa yang tidak berubah menjadi lebih baik lebih dari dua hari, maka sesungguhnya dia hidup dalam kegagalan"
Kamu yang curious dan ingin tahu, confront me. But U can never get the right answer. Sebab korang tak lalui apa yang aku lalui, korang tak rasa apa yang aku rasa dan korang tak hidup sebagai Zaza/Jaja/Eejay/DeqJa selama 28 tahun.
November 26, 2008
Pengorbanan. Turning Point.
For starters, I've been meaning to post this since Monday. But I was so caught up with a lot of work but the words have been bugging my head eversince.
I've made a HUGE decision which maybe [maybe not] and even ALREADY gave a shock of many people's lives, especially those around me, be them my friends, foes, colleagues and even yang dikasihi suami tercinta, Azamzairi.
Somehow or rather it didn't gave my parents a shock, it gave them JOY, instead. Alhamdulillah. Sementara diorang masih ada aku nak cuba berbakti banyak-banyak walau apa pun bentuk keadaan dan rupa hubungan aku dengan mereka.
Pada hari Isnin, pukul 12.00 tengahari, aku telah berjumpa dengan Head of School untuk menghantar Surat Perletakan Jawatan dengan notis 60 hari [seperti dalam kontrak tapi masih dibincangkan]. Dan ironinya, dia fikir aku datang jumpa dia untuk ambil Confirmation Letter aku yg stuck dalam drawer dia for 2 months. Jadi Confirmation & Resignation Letter bertukar tangan...
Kenapa?
- Aku akan berniaga sepenuh masa dengan Papa & Mama taking over Emas Sutera's Management but of course they still have the biggest say.
- Kerana apa yang aku mahu dalam hidup aku ini adalah kebahagiaan Duniawi & Ukhrawi. Aku sudah tidak tahan menanggung dosa dalam menentukan future seseorang.
- Kerana aku tahu walau di mana aku berada aku masih akan lelah dan stress bekerja dan di situ stress aku hanya berharga kurang RM3000. Walhal sekiranya aku teruskan dengan perancangan ku, aku yakin dan pasti aku akan bebas dari HUTANG dan mampu memberikan suami & anak-anak satu kehidupan yang selesa. dari sini banyak lagi titik tolak yang menjadi faktor utama perletakan jawatan ini TERUTAMA sekali keinginan untuk Menunaikan Haji ke Baitullah dalam usia yang masih MUDA.
- Untuk mencapai semua impian ini aku memerlukan PENGORBANAN yang akan aku elaborate dalam para seterusnya.
- Kerana aku tidak hanya ingin mendapat Istidraj dari Allah, tetapi juga Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun yang mana aku rasa sukar untuk aku kecapi bila aku tidak bekerja dengan ikhlas dan kurang berdamping dengan orang-orang yang ikhlas
- Kerana hati aku ni sudah puas sebak & sesak menanggung keinginan untuk menghantar anak-anak belajar macam-macam perkara tapi belum ampu dilakukan kerana... MASA & WANG yang belum pernah cukup!
- I strongly feel I'm born to lead, too keras kepala to be lead
Pengorbanan? dan mengapa sekarang? Tiba-tiba? Bagi mereka yang tahu aku baru pulang dari Seminar Motivasi & Kepimpinan. Ah... ya aku tahu. Mana yang kenal aku sejak zaman muda dahulu akan berfikir 'Alah Zaza bukan tak biasa pergi kem motivasi malah pernah dibasuh cukup-cukup masa dalam JKM KTC dulu' Tetapi itu dulu! Dulu aku tidak mempunyai keluarga. Dulu aku belum mempunyai impian setinggi sekarang. Dulu aku belum bersuami. Dulu... ah macam-macamlah. Tapi kalau juga kalian tahu masalah-masalah dan dilema-dilema yang aku lalui, kalian tak akan terkejut bila aku kata air mata aku yang memang dah murah ni tak henti-henti mengalir pada hari kedua seminar itu. Hari pertama aku langsung tidak terdetik untuk melepaskan pekerjaan yang boleh dikatakan 'glamour' & 'international' ni tapi... hari kedua... I really don't know how to explain. Satu persatu kata-kata fasilitator kena TEPAT pada muka aku. Ibu bapa aku juga mungkin hairan tengok anak mereka ni tak henti-henti menangis ketika orang lain bersorak melaung-laungkan impian mereka. Dan perkataan PENGORBANAN juga tidak henti-henti dikatakan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Allah saja yang tahu apa aku lalui ketika itu. Berat sungguh terasa bahu ini. Makin Berat bila tiba-tiba naluri aku terfikir untuk berhenti kerja! Aku berfikir dan berfikir mempertimbang apa option yang aku ada dan hanya itu satu yang nampak. Ibu yang mengandungkan aku [walaupun asyik asyik carik gaduh je ngan aku] seakan faham apa dalam benak anaknya ini. At one point, tiba-tiba dia berkata "Mama agree kalau U nak berenti". Korang tau tak aku terkejut? Apasal plak? Sebab Mamalah yang beriya-iya suruh aku BELAJAR kat situ, MENGAJAR kat situ tapi sekarang dia pulak kata TAKPE BERENTILAH dari situ. baru minggu lepas aku nyatakan aku dah tak bosan kerja kat situ dia yang suruh bertahan selagi boleh... Setelah dia kata ya, Papa juga nampak happy bila perkataan itu terpacul dari mulut aku dan Syamin tiba-tiba konpius, makin kuatlah hati aku. Tapi... Belum aku hebahkan hasrat itu kepada Hubby kerana... Kerana aku perlu petunjuk dari Allah SWT.
Malam itu lewat kami sampai ke rumah sebab hantar Kak Een & Kak Zana lagi ke Semenyih & Langat [ya kami pergi anak-beranak]. Penat, letih [yelah kalau korang tau Seminar Motivasi ni semuanya nak cepat main pakai & capai apa yang dapat punya jenis] tapi walau macamana penat, aku Solat Istikharah right before going to sleep. Jarang aku bermimpi jika aku Solat Istikharah, selalunya jawapan yang akan aku ikut adalah gerak hati pertama setelah aku bangkit dari tidur. Tapi malam itu aku bermimpi dan mimpi itu sangat-sangat jelas dan aku boleh ingat sampai sekarang. Aku mimpi menyorong Luggage masuk kapal terbang, tiba-tiba scene bertukar menjadi aku dan mama sedang memilih shawl & selendang and sumwhere in my mind i know it's in Korea dengan anak-anak tengah seronok main kejar-kejar. Jelas bukan? Mimpi itu bermakna Allah tunjukkan aku harusnya BERNIAGA bersama-sama dengan ibu aku. Jadi hanya setelah aku taip surat itu keesokan harinya aku beritahu Hubby melalui Skype. AKu pasti korang boleh agak apa reaksi dia pada mulanya tapi sebagai suami yang memahami isterinya aku rasa dia tahu tak ada apa yang dia cakap akan ubah keputusan aku. Terima Kasih Babah.
Apa Pengorbanannya? Antara lain ialah peluang meneruskan DEGREE under Staff Development next semester.
Teringin benar aku share summary isi kandungan motivasi terutama sekali untuk mereka yang tidak dapat hadir pada hari itu tapi tunggulah aku akan create satu pos khas untuk itu.
September 29, 2008
Akankah aku ditahan ISA?
Akan kah? Tapi ini bukan kata-kata aku... aku hanya petik, merasakan tanggungjawabku untuk menyebarkan kebenaran tentang situasi sebenar politik negara kita. jadi... aku copy paste kata-kata seorang yang sangat aku sanjungi dari kecil saat aku tatau apa-apa tentang politik kecuali aku tau bapak aku pengerusi tetap UMNO kampung aku, hinggalah aku menjadi salah seorang scholar UMNO selepas berkahwin dengan anak orang kuat UMNO Sabah.
here goes... from www.chedet.com
MAJLIS TERTINGGI
1. Perbincangan di dalam Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya rahsia. Jadi amat memeranjatkan apabila akhbar melaporkan beberapa butiran penting berkenaan mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada hari Khamis, 18hb September. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah laporan tersebut mendedahkan tentangan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh beberapa ahli majlis dan desakan oleh mereka agar peralihan kuasa diadakan sebelum mesyuarat Bahagian-bahagian yang akan menamakan calon Presiden.
2. Difahamkan bahasa yang digunakan sesetengah ahli agak keras. Dato Seri Rafidah Aziz turut membangkitkan peranan yang dimainkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan anak beliau, Kamaluddin.
3. Begitu keras bahasa yang digunakan hinggakan muka Abdullah berubah. Beliau nampak tertekan dengan desakan ahli majlis apabila Dato Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa menjadi penyelamat Abdullah, menghentikan mesyuarat. Najib berjanji untuk bercakap dengan Abdullah berkenaan hal ini.
4. Difahamkan ahli Majlis Tertinggi yang lain merasa tidak puas hati kerana sekali lagi perkara kontroversi yang melibatkan majlis dijadikan bahan perbincangan tertutup antara Abdullah dan Najib. Menidakkan hak majlis adalah sesuatu yang sering dilakukan Abdullah dan Najib. Mereka berdua akan membuat keputusan yang tidak pun memuaskan hati ahli majlis. Najib kemudian akan tekankan betapa pentingnya untuk bersatu dan setia kepada Presiden.
5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.
6. Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda.
7. Apabila tiba masanya untuk bertemu Najib, Abdullah sudahpun diberi taklimat oleh keluarganya tentang apa yang harus diperkatakan. Dan Najib akan terima apa sahaja keputusan Abdullah untuk meleraikan masalah yang timbul. Di dalam kes ini, Abdullah akan tetap dengan pendiriannya untuk kekal hingga Jun 2010 atau mungkin awal sedikit sebelumnya. Najib kemudian akan ditugaskan untuk "menjual" keputusan ini kepada Majlis Tertinggi. Dengan ini Najib akan lebih dipandang rendah oleh ahli majlis dan rakyat apabila sikapnya ini didedahkan kepada umum.
8. Apabila UMNO ditubuhkan, pemimpin terdahulu memastikan yang tidak akan ada keputusan-keputusan yang bercanggah dengan asas perjuangan parti dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. Apa yang terjadi kepada Dato Onn, Yang di-Pertua UMNO yang pertama merupakan contoh terbaik. Presiden tidak diturut secara buta-tuli. Sebaliknya apabila beliau mencadang sesuatu yang bercanggah dengan perjuangan parti, cadangan beliau ditolak dan sebagai seseorang yang mempunyai maruah, beliau telah mengundur diri.
9. Selama lebih kurang 50 tahun, Majlis Tertinggi memain peranan ini. Demikian apabila (Tun) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti, Majlis Tertinggi yang bersidang tidak bersetuju bulat-bulat dengan Presiden, sebaliknya bermesyuarat hingga ke awal pagi dan membuat keputusan, walau apa juga pendapat Presiden, untuk menghantar satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli kanan majlis ke London untuk memujuk Musa menerima kembali jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri. Musa bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu beliau berada di landasan yang baik untuk cuba menjatuhkan saya dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Secara kebetulan semasa berkempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau mendakwa mendapat sokongan saya.
10. Tetapi apabila Abdullah mengambil alih Presiden parti merangkap Perdana Menteri, perwatakan Majlis Tertinggi bertukar. Ianya menjadi alat peribadi Abdullah untuk melulus dan menghalalkan apa sahaja yang beliau buat.
11. Saya percaya pada hari Khamis keadaan ini telah berubah sedikit. Beberapa orang ahli telah berani meyuarakan desakan supaya Abdullah melepas jawatan awal. Sudah tentulah penyokongnya tidak beralih arah. Demikian ada kemungkinan majlis pecah dua.
12. Saya rasa ini merisaukan Najib yang hendakkan peralihan kuasa secara aman supaya parti tidak pecah-belah. Oleh itu dia akan terima apa sahaja cadangan yang membenarkan Abdullah lepaskan jawatan dengan penuh kegemilangan.
13. Malangnya Najib tidak akan capai impiannya. Tidak pernah ada Presiden UMNO yang begitu sekali dibenci rakyat seperti Abdullah. Melayu, Cina dan India, samada ahli parti komponen Kerajaan mahupun penyokongnya atau rakyat kebanyakan kesemuanya mahukan Abdullah mengundur diri. Lagi cepat lagi baik.
14. Yang mahukan beliau terus pegang jawatan adalah mereka yang kedudukan mereka bergantung kepadanya, atau mereka yang mendapt untung daripada pemberian kontrak dan sebagainya oleh beliau. Bagi sesetengah yang lain, termasuk kakitangan awam, hanya ketakutan terhadapnya yang menyebabkan mereka tidak mahu bersuara tetapi mereka tetap marah.
15. Yang peliknya ialah yang benar-benar menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang. Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat hendakkan beliau (Abdullah) kekal sekurang-kurangnya hingga pilihanraya akan datang.
16. Tetapi ini bukanlah kerana mereka sayang kepadanya tetapi kerana mereka percaya dengan beliau mengepalai Barisan Nasional, pembangkang mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihanraya umum ke-13 dan mendirikan Kerajaan. Mereka rasakan yang mereka hampir mencapai matlamat mereka dan tidak mahu golongan yang memberontak di dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP kembali kepada parti dan menyukarkan usaha mereka untuk kalahkan BN.
17. Begitulah Majlis Tertinggi yang tidakpun lagi tinggi.
July 05, 2008
the truth, the time and huephoria....
The truth is, time allocation for blogging is almost zero.
The truth is I'm trying to build my life, my career, my family.
The truth is i need all d time I haf to make money.
The truth is i dun know if i can handle pressure, even a little bit, anymore.
Huephoria ended almost a week. I so wanted to type and blog about it, about all d experience, the true colors I saw in a lot of people, the pressure, the happy times, the good time, the bad time, the ugly time... how people didnt care about the show until Dato' Badlisham head of MDEC suddenly confirmed at the very last minute that he's gonna show up and launch the graduation show of my beloved [most, some hated] students... how we got screwed, and also how we were personally thanked by our bosses, shook our hands and got a day off.... all the details of those experiences, sorry I cant share it with u guys anymore cus... i simply haf NO TIME to sit down and type!
Jazz has been blooming well, her teacher's and mother's day pix is still not blogged, then came her sports day where she got first and her Jupiter sport's house got first too, pictures are still in my camera, havent been imported into the pc even. Kyra... my sweet little girl has begin to utter understandable words and phrases, she loves birds and fishes, where I could just drive with her on my lap around Cyberjaya or Putrajaya to find her Bi-Bird Ak-Ak [burung gagak] or Bi-Bird Chip Chip [any smaller singing birds] and I also bought the girls a Siamese-Fighter ikan laga and Crown-Tail ikan laga and she goes tshhh tssshhhh [fissshhh] all day yesterday :)
Political? I'm tired of it. Malaysia is so huru-hara. Malaysia is in the wrong hands. Malaysia is no longer the peaceful country she once was. Malaysia... wat's happening to u? The leaders are backstabbing each other. Each one is trying to take the other out. I am very very sure, the Father-Figure who has build this country till she became what she was before Pak Lah ascend the throne, is crying in his heart. I feel you Tun... I feel u... :o(
Friends? I do not know If I haf any soulmates. But some of my friends are drifting far, but those newly made, I still need be careful with them. I still need to watch my steps, for backstabbers are everywhere. People whom u think u can rely on might be the very one who's bringing u down. And people who were once close to u might have their own agenda which they also would have no time to listen to u anymore. Well... wutever it is I am still blessed if ever there are still friends who really are friends. Maybe its just me who can't see that they really care because.... I do not have the like to really ponder, perhaps?
June 05, 2008
What everyone will be blogging and chatting about.... the BIG P&E
SICK! This country is ran by an IDIOT!
There's so many thinmgs i wanna say but i'm just too pissed off to even write about it. Last week i remember hearing Najb said not to believe in rumors petrol prices are going up, suddenly this week, RM0.78 higher! WTF??!
Not to forget ELECTRICITY BILLS! Why? Why suddenly, EVRERYTHING IS going up? this shows HOW INEFFICENT the current gomen is. *sigh* I bet ALL PRICES will go up as well, beras dah naik, minyak masak pun naik, gula for sure menyusul, ayam, daging, ikan..... NAK MAKAN APA KITA NI END OF D DAY?
Dia kurang bijak. atau patutkanh aku guna *TIDAK BIJAK* terus? Dia tidak pandai mengatur strategi. Dia tidak tahu bagaimana BERMAIN dengan psikologi. DIa ekstrem! Yang dia tahu, dia tetap di situ sebagai yang BERKUASA dan BERDUIT. poket rakyat kering BIARLAH, asal poket DIA DAN KONCO-KONCONYA berisi. KEJAM!!!
Tahukah dia bahwa rakyatnya ada yang bekerja BERMACAM-MACAM pekerjaan untuk mengisi tabung?? Tahukah dia ada yang tidur kurang 3 JAM SEHARI untuk mencari pendapatan extra seperti aku ini? GAJI tak seberapa, COST OF LIVING FREAKING HIGH. Terpaksalah orang low and middle class macam kami BEKERJA MACAM MACAI untuk menampung kehidupan. TIBA TIBA NAK NAIKKAN HARGA KEMUDAHAN ASAS yang PASTI DIIKUTI DENGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN. AKU MARAH!!
Aku tahu, dengan DCL dan jualan pearl aku [yang dah ramai dealer alhamdulillah] aku boleh mendapat income yang mungkin membolahkan aku bernafas lega kalaupun aku nak antar anak-anak aku belajar piano dan beli piano satu hari nanti. TAPI dengan harga minyak n elektrik yang mendadak ni, kena pikir 10 kali nak beli piano. *sigh* bodola ko nih palahap. bodoh sangat. benci aku kat kau. BENCI!
April 18, 2008
DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu
Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion dolar setahun dan ia terus berkembang.
Bagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM yang ada lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian (halal) produk dan kesan sampingan pengguna, serta memberi lebih keadilan kepada pengedar.
De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL, perniagaan yang berorientasikan sistem MLM tulen memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan, sehingga berjaya melahirkan beberapa jutawan dan ramai lagi yang bebas kewangan.
Pertemuan wartawan Meran Abu Bakar dan jurugambar Zulhafiz Hanafiah dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, 49, anak kelahiran Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu, di pejabatnya, Wisma DCL, Wangsa Melawati, mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokas utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen.
Pada masa sama memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan sesiapa juga mencipta peluang perniagaan untuk diri, masyarakat dan bangsa.
read whole article from Utusan Malaysia
So... why wait? Come with me we climb the ladder together! It's a proven FACT, 13 millionaires and no sweet talking.
April 12, 2008
Satu Wadah Perjuangan
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang raya Terbakar seluruh harta benda Akibat sengketa sesama lah kita Cinta lenyap di arus zaman
Akhir-akhir ini dengan apa yang terjadi di sekeliling kita kadangkala kita kesal ke mana arah tuju bangsa kita, bangsa Melayu kita. Bila tengok 10 jutawan terkaya di Malaysia, rata-rata bukan bangsa kita, malahan hanya satu, HANYA SATU [do ur homework on him] sahaja iaitu Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.
Myself lately memang tercari-cari, apa lagi yang boleh melengkapkan hidup ni. Sudahpun bergaji, boleh kata memang cukup-cukup untuk hidup 4 beranak. Ngamlah untuk bayar kereta Bibah aku yang comel itu. Tetapi untuk hidup selesa sedikit, menabung malahan untuk menyimpan untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke Tanah Suci....? Aku tak nampak bila akan punya extra money untuk itu.
Jadi aku jinak-jinakkan diri untuk serious berniaga. macam yang ramai korang tau, my mama n papa memang orang biz dari duluuuu lagi. hidup aku ni dah dibiasakan dengan perniagaan. tapi being young, aku nak nurture dalam meniaga ni liat sikit. Masalahnya sekarang, aku perlu xtra income. makan gaji sampai bila nak pakai fairlady?
Mulalaaa aku serious open table kat opis bawak pearl jewelleries. memang aku pernah buat dulu tapi sikit-sikit sebab tak berani bermodal sangat. tapi aritu aku sampai sign kredit kad nak bermodal biar banyak sikit. hmm... memang laku! tapi..... income tak sehebat yang aku mahu. bila aku try meniaga online.... ada jugak yang bertanya-tanya, alhamdulillah ada yang order. tapi saingan TERLALU BANYAK. especially dari kaum cha ya nun alip, yang memang sangat arif selok belok berniaga, yang tahuuu je mana nak carik suplier, memang dunia meniaga ni diorang yang conquer. e'cewah it rhymes. but seriusly, i'm sick of dat. Apa saja yang kita nak niagakan, diorang akan potong jalan. Harga kita di saing saing kan! Dengki mereka itu owh.... sangat busuk!
Masa Depan Sungguh Kelam Kan Lenyap Peristiwa Semalam Tertutuplah Hati Terkunci Mati Maruah Peribadi Dah Hilang
Mama pulak dah ada krisis dengan syarikat D. korang semua sure ramai dah tau kan, Mama n Papa aku memang leader besar MLM. Dah puluhan tahun pun! dari aku kecik sampai aku besar, aku dah biasa ikut mereka merata-rata dengan MLM. tapi aku ni orang muda, yang kurang arif dalam cara orang MLM ni. MLM ni bukan boleh main taram je, sebab tu orang yg tak reti MLM memang tak boleh nak masuk dengan kepala orang MLM ni. sebenarnya banyak yang diorang tak paham terutamanya dari segi strategi dan networking. pada mereka MLM punya orang CAKAP JE LEBIH. aku la tu salah sorangnya. Masa mama dalam syarikat D aku pandang biz mama tu as meniaga semata mata. So pada pikiran aku, alah meniaga, banyak cara lain nak meniaga. Tu yang aku jual Pearl tuh. bukan saja pearl, macam macam aksessori aku jual tak cayer gi tgk kat beshoppamania.
Tapi pada suatu hari.... [jeng jeng jeng] mama tiba tiba bukak cerita pasal satu kompeni ni... Aku pun apa lagi, dalam hati aku "ah sudah start dah orang tua neh. company D buat perangai dia nak lari kompeni baru ni pulak" so as usual half-heartedly akupun dengarlah bebelan dia. dia ajak aku gi weekly meeting every Wednesday nite. aku pun nak jaga hati dia punya pasal, jawablaa "hmm... yelah" dengan perasan gundah gulana sebab aku tau hubby tercinta yang manja nak mampos tu sure buat muka sebab nak pegi malam malam buta. maklumlah orang tu memang cakap je kasar kasar ngan aku, tapi kalau bayang aku ni takdek kat umah mulalah baran dia naik semacam. eleh... cakap la rindu tanak ngaku. ceh!
aku pun pegi... 2 minggu lepas. rupa-rupanya company tu aku dah kenal sangat, selalu keluar iklan kat TV and aku dah lama tau penglibatan Arash Mohamad in d company. I have even seen Arash promoting the products in a restraurant in Keramat YEARS ago. Tapi... lain lah. Pelik sangat. Aku tatau kenapa secara tiba-tiba aku yang sangat sangat LIAT dalam MLM ni, tiba tiba dapat satu aura positif. Mama yang masa kata "kita try lah tapi ni more on papa paksa mama buat" [u all kena paham mama aku suka cakap dengan extreme, konon je paksa tuh] then suddenly abeh gathering tu, aku cakap ngan mama, "mama, I nak serious buat DCL ni, I lyke money and it's high time already I bergantung kat U dalam meniaga"
U guys should see the look on mama's face when I said dat. selama ni, bertahun tahun dia dok motivate aku untuk buat MLM betul-betul, tiba2 dengan company yang dia sendiri BARU JOIN 1 MINGGU masa tu aku pulak yang semangat lebih dari dia.
Kenapa? What happen? WHY?
Dengan DCL aku nampak jalan. Terang lagi bersuluh. dan aku bukan sahaja nampak perniagaan, income, duit, tapi juga PERJUANGAN. Sumthing yang aku carik selama ni. Aku nampak DCL mampu membawa aku ke jalan yang AKU NAK. Lagi satu, belum ada lagi aku nampak jelas dan nyata satu syarikat yang sangat-sangat stabil, mempunyai Pengasas yang tau apa yang dia buat dan MAMPU melahirkan jutawan-jutawan MELAYU. Ke arah mengimprove ekonomi, bukan sahaja ekonomi rumahtangga aku, tapi EKONOMI MELAYU. 13 jutawan Melayu yang sudah DCL lahirkan, penuh semangat untuk membawa anak bangsa ke persada kejayaan. Itulah yang aku mahu, menaikkan taraf hidup orang Melayu kita. Agar tidak lagi diperkotak-katikkan oleh kaum lain, dilekeh-lekehkan. Berapa banyak syarikat MLM yang ada, siapa yang berkuasa? Siapa yang di atas? kita yang di bawah bekerja bagai nak rak, UNTUK SIAPA? Belum lagi aku bukak cerita Binary, berapa banyak anak Melayu kita lupa yang halal dan yang haram kerana terikut-ikut upline-upline kafirun yang tidak kenal apa itu halal dan haram?
Genggam erat sepakat Aturkan penuh cermat Sama bermuafakat Moga mendapat berkat
Syarikat D dulu bumiputra jugak, tapi penerajunya agak kurang stabil, malahan sudah mula membuka jalan untuk bangsa lain menjajahnya. Dulu Syarikat D menyediakan plan yang bagus, tetapi tiba tiba beralih arah. Janji janji yang dulu tampak teguh tiba tiba jadik kosong. Lagi satu aku sangat lega, banyak produk DCL adalah produk yang aku carik selama ni. Especially untuk hubby yang sering darah tinggi, untuk masalah perut aku yg buncit n rahim yang bengkak dan untuk anak-anak yang sedang membesar.
Kenangan semalam Biarkanlah berlalu pergi Realiti hari ini Mari bersama kita bukti
Ya memang aku promosi, tapi aku dengan ikhlas ingin perkatakan, siapa yang mahu ikut wadah perjuangan aku ini, ikutlah, tapi untuk yang tidak mahu tidak mengapa, aku tidak akan paksa aku tidak akan memusuhi siapa siapa. ak guna kalau aku memaksa kerana mungkin mereka tidak nampak apa yang aku nampak. mungkin ada yang lebih yakin dengan syarikat bukan bumiputra kerana ada segelintir syarikat bumiputra has spoil it for us. cuma tak ramai yang tahu 65 syarikat binary BUKAN BUMIPUTRA telah tutup pada zaman 90an tapi tidak digembar gemburkan sebagaimana mereka menggembar gemburkan syarikat bumiputra yang tunduk mencium tanah. Pada masa itu bumiputra kitalah yang telah berhabis harta untuk join mereka, tapi mereka TUTUP kompeni, rumah yang dah dibeli, kereta yang dah dipakai, siapa nak bayar?! Aku tidak mempunyai ramai kawan jadi aku tidak sanggup hilang kawan, cumanya aku harap mereka faham, WADAH PERJUANGAN aku ini adalah demi untuk diri aku, keluarga aku dan BANGSA aku sendiri.
March 10, 2008
Under his reign....
i'd rather dream a thousand of Tun's dream, knowing one day it'll be achieve.
Proof? U really want me to list it? u'll say "ah how cliche..." but...
- Proton Saga (it may not be a beamer, but it's Malaysian)
- Penang Bridge (if u recall, Penang Bridge project really pushed Malaysian technological capabilities to the limit at dat time)
- KLCC (need i say more?)
- Sepang F1 Circuit (if this didn't exist, would even dream to have Schumacher, Raikonen and d gang step their feet on Malaysia's sand?)
- KL Tower
- KLIA being the WORLD's BEST AIRPORT
- Cyberjaya ~ which development has slowed down when Tun stepped down
- the REAL angkasawan programme before it got mengarut (how many of u know that the idea and programme actually began in Tun's era?)
All these, DUN DENY IT, have put Malaysia on the map. though the projects have been mocked and many are calling Malaysia a Boleh-Land, but IT DID BOOST THE MALAYSIAN ECONOMICS. it did brought us MONEY, tourists came pouring in, and most important thing of all, it builds our SELF-ESTEEM.
What did the current PM do? meneruskan apa yang ada? North wutever corridor? how r u gonna teruskan dat corridor project when only one out of all the involved states is under your ruling??? Perangi rasuah? So... erm... now u're saying the gomen is 100% free of rasuah? ke more like revealing the bangkai gajah? Halal hub? how far along is that project coming thru?
i'm not denying that he does have a good plan in his hand, but... all are vaguely realised. kejayaannya kabur dan samar....
I'd rather dream a thousand of Tun's dream....
Please mend this hamba-rakyat's broken heart. Wanna how deep the pain is? I havent got d time to update this blog with pix of my two girls' bday, but am rambling on this political thing over and over again for the past two days. For a mother, how deep a cut is that?
March 09, 2008
Tun, did I ever express that I missed you? [I think I did, so many times!]
Am gonna blog on the blast the former PM set on Pak Lah. Somehow, eventho it does sounds harsh, but the facts are in tact. I really want Tun back in the picture, but nuthing can be done about that, after all he prolly need a good rest. But will someone PLEASE have his attitude and vision? Will Mukhriz be able to do that? If the pressure continues for Pak Lah to step down, ever wonder who should be his successor? (which honestly, I know for a fact Pak Lah will definitely fight for his seat, so dream on la he will step down).
Muhasabah diri is what the leadership of UMNO needs now. It's true, UMNO is almost being destroyed. The Malays are no more united, many are sour-grape pentingkan diri sendiri people. Nak menjaga kepentingan, duit and nama. And look at what they have done to d country, even to themselves. Mana nama mereka sekarang?? Don't u Malays feel threatened now? Do u realize what have u done to yourselves? Your future? Your next generation? Ever wonder that the term 'Takkan Melayu Hilang di Dunia' is still relevant? THINK!
March 09, 2008 15:35 PM [Bernama] |
Abdullah Must Take Full Responsibility For Defeat, Says Dr M
KUALA LUMPUR, March 9 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad said Sunday his successor, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, must take full responsibility for the major defeat suffered by Barisan Nasional (BN) in the just-concluded general election.
"He should accept responsibility for this, just as in 2004 the huge victory was reportedly due to him, 100 per cent, and that was said by the then secretary-general of Umno.
"But now also he should accept 100 per cent responsibility. He has destroyed Umno, he has destroyed BN, and he should be responsible of this massive defeat," he told a news conference held hours after the polls results were announced here.
The former prime minister said it was shocking that the BN had been trounced in five states and the federal territory due to the same signal sent by all the three major races -- Malay, Chinese and Indian.
To a question on whether the BN had miscalculated in holding the general election early, Tun Dr Mahathir said he doubted that postponing it another year would make any difference in terms of results, as "the people's dissatisfaction against Abdullah's administration was already boiling over."
"Four years after the last election, he has done so many things which were wrong but these people (media) keep on reporting how the people loved him," he said.
Issues leading to the dissatisfaction against the government included the perception that despite high figures on economic growth announced by the government as well as the launch of development corridors, the people on the ground did not feel anything (its benefits).
"They have observed that this government is run by one family for the family. As long as you have that kind of arrangement where family takes precedence over Cabinet, over the government itself, I think people would want to go against them," he said.
Answering another question, he said it was up to Umno to decide on Abdullah's successor should the latter step down, or probably Datuk Seri Najib Tun Razak could take over.
"Datuk Seri Najib has scored an amazing victory, more than the 2004 result when it was the best year for BN. His majority increased while Abdullah's decreased quite significantly," he said.
Dr Mahathir said a government formed with a simple majority was a weak government, especially in a multi-racial country which could cause instability, among others, and later affect investors' confidence.
He, however, said there was hope yet for the BN to rectify the damage, provided it took note of the signal sent by the people.
To another question, Dr Mahathir said he believed it would be difficult for Abdullah to step down voluntarily as, until now, Abdullah still did not comprehend the ramifications of the losses and put the blame of the defeat on the people instead.
Expressing his sadness over the losses, the former premier said he did not expect BN to lose to such an extent.
On the resurgence of Datuk Seri Anwar Ibrahim in this election, Dr Mahathir said he believed that Anwar was still "relevant" but he would never become the prime minister of this country.
Asked about the possibility of the Opposition keeping their promises as stated in their manifestos, he said: "They simply made such promises as they did not think that they would form the government but I doubt they could deliver their promises when they gained control of five states."
Dr Mahathir said he would countinue to play his role as a citizen by voicing out his opinion as well as sharing them if needed.
"I don't want any official title, senior minister or advisor, but if they come to me and ask my advice, I'm willing to share it for the benefit of the country," he said.
On his son Datuk Mukhriz's victory in the Jerlun parliamentary constituency, he said it was just a normal success, albeit with a bigger majority.
-- BERNAMA
PRU12 :: The Fresh Minds Have Spoken
Been following the keputusan pilihanraya since 7pm till now 4.30am, sambil iron my piles of laundry which has accumulated over the 3 weeks of bz-ness in my new working place (not-so-new-nemore). Am so damn tired but I cant help to express a bit of feelings about this PRU12.
Need not for me to mention, itsa huge turnover for Malaysia, on the whole and to all parties specifically. (read :: as many of u might have noticed, I am penyokong tegar UMNO and even a scholar of UMNO during my Adv Diploma years)
I hope what's happening now, which is definitely a huge blow to BN and UMNO, would be taken seriously by the party. The existence of new fresh minds in this year's GE, which has grown from the era of the new millenium, is prolly the biggest factor to what is happening now. These new fresh minds grew in a new decade/era of electronic and new media, information is being passed so fast that damage could be done in split seconds. The new generation are also aware that they need new fresh minds to hear their voices. And many are tired of the foul issues that has been lingering, smells like nasik basi. Being around the community i'm in at work nowadays, I realize there are many non-voters and people who vote for anybody other than the ruling party just to 'check' the ruling party, so that they realize, many are tired with those foul issues (i dun think i hafto elaborate nething here). I really hope the party would buckle-up after this, to make huge differences and to repair whatever damages they had caused in the pass. Let this 2008 GE be a good turning point to UMNO n BN, also may the anggota-parti realize over-confidence kills. And hopefully, UMNO people practices their religion well and live a better lifestyle, which I'm sorry to say, mungkin sebab utama ramai yg memandang serong.
2/3 majority has been denied (as far as I'm currently concern). It's not gonna be easy for the new gomen to make decisions, mewartakan akta, so on and so forth. I'm gonna repeat myself, this is a good time for a CHANGE! (mungkin ramai wanita/puteri pasni patut pakai tudung betul-betul? Sila jangan saman saya, saya cakap secara general, no one in specific.)
Terasa macam nak aktif dalam politik plak camnih....!
February 14, 2008
Akhirnya Parlimen dah bubar
Betulla kot Pak Lah suka no 13... :op~
Anyways... hmm... like I said in prev post my interest in political scene dah agak pudar. But I still know my responsibility as a negarawan.
Yang tak bestnya politik ni caci-mencaci dan cerca-mencercanya. kutuk-mengutuk melampaui batas pilitk, malah menerjah peribadi seseorang! macam dah lupa pulak nak jaga maruah diri sebab terlalu asyik menuduh dan mencerca orang. yang sedihnya, Melayulah yang berperangai macam tu. apa tak malu ke?
I know i've heard lagu UMNO yg ditukar lirik in one persembahan during an anti-UMNO protest. but I hope, UMNO people do not do all those manic things they say in the lyrics. I hope the original lyrics dihayati, demi maruah UMNO dan orang-orang Melayu sendiri!
Bersatu kita bersatu
Dengan setia berganding bahu
Jiwa teguh berpadu
Kita rumpun Melayu
Bersama kita bersama
Mendukung hasrat semua
Berjasa pada bangsa
Agama dan negara
Lambang kita yang gagah
Dipandang mulia dan indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Cogankatanya
UMNO terus mara
Untuk rakyat Malaysia