October 09, 2010

Dari Meja Admin Emas Sutera :: Malaysian Men, Bila Nak Insaf?

Assalamualaikum.

Saya menulis dari meja Admin Emas Sutera.

Sejak iklan dengan gambar Pengurus Butik merangkap Konsultan Produk kami, Iza Zuhana keluar di dada-dada akhbar, talian yang kami gunakan untuk tujuan iklan tersebut tidak putus-putus berdering. Alhamdulillah, dengan kejayaan Iza (yg kami panggil Zaza) menurunkan berat badannya atau secara spesifik peratus lemaknya dengan banyak, ramai antara pemanggil-pemanggil tersebut adalah prospek yang positif. Terima kasih saya ucapkan atas sokongan kalian.

 Tapi sayang, tidak kurang; malahan terlampau ramai antara pemanggil-pemanggil itu adalah lelaki-lelaki yang maaf saya nak cakap pada hemat saya MELAYU yang mengaku ISLAM memanggil atas tujuan yang sangat tidak sopan. Ya benar, ini perkara biasa bagi talian-talian yang dimasukkan di dalam iklan. Syarikat kami pun bukan sekali ini masuk iklan, berbelas tahun kami berniaga, memang dah banyak talian kami yang di'publish' di dada-dada akhbar juga majalah.

Sedih, mengapa ia mesti menjadi perkara biasa? Kadang-kadang, tak puas dengan panggilan yang memuakkan, SMS pula yang bukan-bukan. Kata-kata keji yang anda sendiri akan marah bila kata-kata itu ditujukan kepada IBU, KAKAK, ADIK PEREMPUAN malahan ISTERI atau ANAK PEREMPUAN anda sendiri. Kalau setakat mempromosi produk tu tidaklah kami hairan, normallah tu, tapi ini macam orang tak cukup akal. Kenapa mesti orang MELAYU kita bertindak begini? Sangat memalukan! Keruntuhan moral dikalangan orang Melayu yang mengaku Islam masakini adalah suatu perkara yang harus dipandang serius. Kita tidak harus biarkan ini berterusan.

Saya sendiri akan dan telahpun menghantar nombor-nombor 'kurang ajar' ini ke pihak berwajib seperti POLIS, SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA dan sebagainya untuk tindakan undang-undang. Kami juga telah 'save' nombor-nombor itu dengan label-label mengikut bicara kotor mereka, dan selalunya nombor yang sama akan berulang-kali melakukan perkara yang sama tetapi adakalanya cuba menipu menggunakan nama samaran yang berlainan. Kami juga telah mengenal pasti suara pemanggil, ada 2-3 pemanggil yang sudahpun kami cam dan rakam, memang orang yang sama. Apa tujuan mereka, Allah sahaja yang tahu.

 Tetapi tak kurang juga bunyinya seperti beberapa 'rival' lain yang cuba menakut-nakutkan kami. Untuk mereka-mereka yang begini, sudahlah tu, tak payah bazir kredit, anda usaha dengan gigih, insya Allah rezeki mesti Allah beri pada anda. Perniagaan biar barakah, ia akan jadi darah daging. Darah daging yang datang dari sumber yang tidak berkat, sembahyanglah tonggang tonggek berpuluh puluh rakaat, daging itu tetapi akan dimamah-jilat api neraka hingga hancur lebur tanpa abu!

Janganlah ingat kami di sini anak-anak kecil yang bodoh. Kami ada maruah, kami ada akal fikiran dan kami juga ada DOA. Kami percaya pada Allah, kami percaya pada Qada' dan Qadar. Bertaubatlah sebelum terlambat, Munkar dan Nakir di kiri kanan anda sentiasa memerhatikan gerak geri perbuatan keji anda itu. Jangan nanti suatu hari, Allah balas anda CASH di dunia, dan KREDIT POST DATED CHEQUE di Akhirat, tak guna menyesal ketika itu.<

 Wassalam.

No comments: