January 24, 2010
Lost another good soul...
She's a good friend, an advisor, a teacher. In limkokwing, her desk was behind my desk, she was absent the first day I reported into the faculty. I was nervous to meet her, I heard she was a good motion grafix lecturer. But for all I know, she was a great great companion. We exchanged stories, went to lunch together and the best of all, reminded each other it's praying time. She decided to wear hijab later on, and last Ramadhan, I gave her one of my fav black tudung as a reminiscing gift so she'll remember me as a friend eventhough I was no longer in limkokwing.
But today... a call from OC gave me a terrible shock. I couldn't describe how I was trembling holding my cell to hear that she's gone. Scenes of flashbacks suddenly appear in my eyes. And most sadly... the loved ones she left behind.
Aizati Aziz, U'll be missed. I pray that God bless you and moga bahagia di sana... Hope to meet u in heaven... al-Fatihah.
September 04, 2009
Selepas dimandi dan dikafankan...
Hanya ini gambar yang dapat kami ambil pada hari itu... itupun dari kamera papa, aku tak daya nak snap snap sebelum tu. tapi gambar yang masih jelas di ingatan akan cuba aku kekalkan sehingga ke akhir hayat.




August 26, 2009
Masih meruntun lagi...
Sebagai seorang Muslim yang diberi ilmu, aku tau aku tak sepatutnya menangis jika yang tersayang pergi... Ia hanya akan menambahkan pedih pada arwah. Tapi... apakan daya aku. Aku seorang manusia, ada hati, ada jiwa. Aku ada memori, dan aku juga tak ingin kehilangan memori itu....
Aku terlalu terkilan, sehingga kini tak dapat hantarkan air tangan aku yg terakhir, yang memang aku sudah niatkan untuk dia. Namun aku ebrsyukur dapat membalas jasanya memasakkan makanan aku semasa membesarkan aku sejak dari Langat, ke Hussein Onn, malah di Putrajaya pun. Aku dah besar panjang, dah bersuami, dah bekerja, dia masih memberikan aku bekal makan makanan kegemaran aku. Padahal sewaktu aku kecil, aku tak terluakkan santan-santan, sambal-sambal yang berminyak, cili api yg pedas menyengat yang dimasakanya... tapi bila aku dah dewasa, itu yg aku nantikan! Dan kini... itu yang aku dambakan!
Aku tatau sampai bila aku akan meratapi pemergian nenek... seharusnya aku gembira kerana dia pergi dengan aman, tanpa sebarang aib malah dimuliakan dengan segala kemudahan pengurusan jenazah. Tapi aku terlalu sedih... sangat sedih... aku masih menangis, aku termimpikan dia sebelum terbangun utk solat tahajjud... Dan Allah Maha Kuasa, aku masih suci, tidak ada tanda-tanda aku akan epriod semula. Mungkin Allah tahu aku ingin sedekahkan Yasin banyak-banyak pada arwah, selagi tanah kubur arwah masih merah!
Nenek, kalaulah nenek tahu betapa rindunya Zaza pada nenek sekarang!
August 25, 2009
Selamat Jalan... Nenda tersayang :'o(
Nenda sudah pergi... 11.40a.m. pagi tadi di rumah angah. Berita yang... sudah dijangka akan tiba tetapi bila ia tiba ia sangat menyesakkan dada. Allahyarhamah selamat dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam bt 10 Hulu Langat, alhamdulillah Tanah Perkuburan yang sama dengan Allahyarham suaminya, Haji Ahamad.
Arwah kami decide untuk hantar ke rumah angah sejak dia sudah tidak berdaya lagi 2-3 weeks ago kerana angah lebih arif tentang hal jaga-menjaga memandangkan dia bekas seorang Sister/head-nurse. Malahan angah juga menyatakan dia teringin bersama nenek ketika masih ada masa. Sejak di sana kami dengan nenek semakin segar dan sudah ada selera makan bila angah atau ucu suapkan... untuk yg tahu there's more to it to this story tapi menghormati pemergian nenek, kita lupakanlah sebentar perbalahan. Tetapi itu semua until malam semalam, bila angah call mama bagitau nenek sudah tak berdaya langsung-langsung dan sebuk bertanyakan Atim, Mein & Zaza [yes, me]... Subhanallah, I can't decide whether to feel happy kerana dia bertanyakan kami pada saat-saat terakhirnya atau... sedih & terkilan kerana tak sempat menghantarkan Acar buah & biskut cornflakes yang aku buat pukul 4 pagi tadi kepada dia, supposingly malam ini.
Berita mama terima dari angah, kira-kira jam 12 tghari. Keceriaan pagi tadi apabila Mein muncul di butik bercerita tentang iMac yang akan dibelinya hari ini tiba-tiba hilang. Masa tu mama duduk depan aku, mula-mula nak cerita lain, tetapi lupa so citer pasal dapurnya. Dapur dia renovate, sebab nak terima ramai tetamu manalah tahu... kalau-kalau.... ya. Kami memang dah bersedia untuk berita itu. Phone mama berbunyi... hanya dengan satu ayat, aku sudah tau khabar beritanya. I can remember exactly "Ha! Ngah! Ye ke ngah... Allah Ngah...!" Cukup sampai situ, aku terjerit bertanya bila pada mama dengan deraian airmata. Atas nama Allah, intuition aku sudah ada nenek akan meninggalkan kami Ramadhan tahun ini, cuma exact day Allah yg tahu... rupa-rupanya hari ini....
Sejak awal tahun 2009 aku melihat perubahan drastik pada nenek. Dari air mukanya aku tahu dia takkan lama lagi bersama kami. Beberapa series of mimpi juga memberi isyarat pada aku, ada juga kadang share-share dengan mama n mein yg juga termimpi-mimpi petunjuk yang sama... Maklumlah, kami yg menjaga nenek, sejak arwah atuk meninggal Nenek tak pernah tinggal permanent dengan orang lain, kerana tulah terasa sungguh pemergiannya... Masa Proton Saga baru keluar, asal ke suntex garden nenek mesti belikan aku satu tshirt yg ada gambar model Proton Saga. Sampaikan aku ada semua kaler. Biru, Merah, Ijau... segala. Nenek juga yg membuatkan aku pandai merasa makanan supaya cukup-cukup rasa, pandai perah santan, bawak aku ke pasar langat melihat ikan sembilang berlaga-laga... ah... memori sungguh indah! Hasilnya hingga hari ini, aku tidak kekok ke pasar tani/malam/basah walaupun rumah sejengkal dari Carrefour.
Nenek pernah cemburu dengan salah seorang bibik kami kerana aku terlalu rapat dengan dia. Dia pernah mengadu pada cucunya yang lain tapi ntahlah, aku harap dia sudah maafkan aku tentang peristiwa zaman kanak-kanak aku tu. Nenek pernah kecewa kerana aku sering keluar malam di zaman gelapku, aku panggil zaman tu zaman batu.... Aku akan rindukan sambal petai nenek, which i think I've told so many people about it. Nenek selalu kirimkan bekal sambal petai sampai satu fakulti limkokwing tu bau sambal petai aku pedulik haper sambal petai arwah memang sedap and no comparison. Dan sampai mati aku takkan lupa permintaan sambal kicap letak asam kasturi... katanya "Kok iyo nak masakkan nek ikan bakar laie, jangan lupa samba' kicap jo asam limau tu yo..." That... was just a few weeks ago. :`o(
Back to today... Aku tak malu nak ceritakan satu kekuasaan dan rahmat Allah yang aku terima hari ini. Aku period. Aku tak puasa. Baru hari ketiga. Tetapi aku sangat-sangat mahu solat jenazah untuk nenek, mandikan nenek, baca Yasin banyak-banyak untuk nenek. Dari saat aku terima berita itu kekesalan bermain dikepala. Sepanjang perjalanan pulang dari Butik ke Putrajaya untuk gather dengan Azam dan anak-anak before pergi ke Seremban, aku tak henti henti pohon pada Allah... Izinkanlah aku Manji Wajib. Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha mengetahui... Aku suci. Aku mandi. Meruntun jiwa aku mengenangkan rahmat yang Allah berikan. Sepanjang ke Seremban selang-seli dengan esakan yg aku tak dapat kawal aku berzikir dan baca Yasin. Bila sampai... alhamdulillah mereka masih menunggu van jenazah, jadi aku dapat baca Yasin berjemaah dengan papa, mama, angah etc. Dapat tengok nenek ditempat dia pergi... dapat peluk nenek ketika orang masih tak ramai... Bila datang van jenazah, diorang kata siapa nak ikut? Aku pandang mama dan angah. Kemudian pandang yang lain, nampaknya... I am blessed, again, aku dapat naik van jenazah bersama-sama nenek, mama dan angah dalam perjalanannya terakhir ke tanah lahirnya di Cheras dari rumah anaknya di Seremban. Perjalanan agak jauh, tapi nyaman walaupun tidak ber-air-cond. Being with nenek lebih menyamankan... Dapat lagi baca Yasin, walaupun sesekali terngiang suara nenek buatkan aku menangis lagi...
Sampai di Bt 9 ramai waris lain dah menanti. Alhamdulillah hampir semua cucu cicit nenek dapat hadir kecuali family Kak Cia yg jauh di Terengganu. Semua anak menantunya [kecuali arwah along] juga ada. Adik-beradik tirinya pun ada. Nenek anak sorang... yg lain semua tiri. Ibu tirinya hampir sebaya dia juga sedang uzur tak dapat hadir. dan Ya Allah... syukur, ada lagi rezeki aku. Dengan pengalaman turut serta memandikan Arwah Makcik Jenab [makcik azam] aku turut serta memandikan nenek. Masya Allah, mudah. sungguh mudah. Nenek bersih, wangi... ringan dan mudah. Mengkapankan juga aku turut bantu. Aku tak kira yg lain tanak bantu atau takut atau apa sekalipun dengan pengetahuan sedikit yang aku ada, aku nak buat utk nenek dalam saat-saat terakhirnya di mukabumi... Masa inilah Ucu, walaupun sejak tadi menangis, mula memeluk aku. Hampir meraung. Dan pada saat itu, aku berjanji tanak marah-marah Ucu lagi... dia jahil. DIa sudah tiada teman lagi... dudlu neneklah temannya. Nasib baik masih ada Atim...
Selesai semua waris mencium Arwah buat kali terakhir maka dibawa dia ke Tanah Perkuburan Islam bt 10 Hulu Langat selepas Solat Jenazah di Masjid Bt 9, tempat aku mengaji kecik-kecik dulu... Proses pengkebumian sangat lancar. Tough-tough menantu dan cucu nenek... hari pun... dari terik berubah nyaman. Langsung tak panas. Tak hujan. Windy. Talkin dibacakan... sayu... dan bila ramai sudah beredar, aku papa mama mein ucu akram & na masih di situ... bagai tak ingin jauh dari nenek. Kami baca Surah Yasin lagi, bila papa mula baca doa dengan teresak-esak, Allah tak dapat kawal, meruntun lagi. Papa memang menantu yg marvelous. Aku bangga dengan papa, and I did told him so semasa join berbuka tadi...
Nenek, Zaza jarang cakap Zaza sayang nenek sejak dah besar-besar ni. tapi... Rasanya nenek tau kot. dari segi harta benda hanya beberapa discounted bracelets yang Zaza mampu bagi kat nenek. Tapi dalam ingatan, nenek sentiasa nenek yang Zaza sayang. yang tocangkan rambut nak gi sekolah. yang buatkan bubur bila demam. Dan yang pasti, you cook d best sambal petai ever. Nenek, Zaza pohon Allah ampunkan dosa nenek, lapangkan kubur nenek dan jauhkan nenek dari siksaan kubur... Zaza tau zaza tak sempat mintak halal, tapi harap nenek sempat halalkan...
Hajah Siti Rohana Idris 1928 ~ 2009
From Archive 2007, Kat buaian depan umah mama
November 09, 2008
Remembering Death. Cherishing Life.


Papa has always told us to love atuk, jangan marah marah atuk, even for whoever he was.
Pic courtesy of Mein.