Bagi mereka yang tahu aku dah pun terjun ke alam hardcore MLM, mungkin ada yang pandang sinis, ada jugak yang bangga, ada yang bagi pandangan kureng confident kat aku, ada yang kata alah ikot bontot mama... tak kisahlah. Itu hak mereka untuk berperasaan seperti seorang hak manusia biasa. Bak kata CA Raden, kita susah orang mengata, kita senang pun orang mengata jugak, hah biarlah kita hidup senang. bukan saja senang, tapi tenang! Hakikatnya takdek saper saper yang paksa atau pujuk aku untuk buat benda ni full swing 100% sekarang, aku sendiri yang mahu. Walapun mama sebok dok kata dia yg bagi green light, ah betullah tu, tapi decision is still mine, right? kalopun dia dok pujuk kalau aku tanak tanak lah d thing is masa aku buat decision tu bukannya dia ada cakap apa apa pun. Tapi takpe dia tetap ibu aku so let her take d credit, alhamdulillah i can make her happy.
Pada aku apa yang aku bawa sekarang adalah Wadah Perjuangan DIRI AKU SENDIRI, tetapi wadah perjuangan yang aku katakan untuk diri sendiri ini aku lakukan DEMI KEBAHAGIAN SEMUA YANG ADA SEKELILING AKU. Mama, Papa, Babah, Jazzy, Ayra, Mein, Ateem, makcik, pakcik, nenek & arwah nenek, arwah-arwah atuk, cousin, ipar, duai, kawan, lawan, teman, enemy... pendek kata semua. Aku akan cuba. MEMANG NIATNYA UNTUK SEMUA.
Bila aku pos lirik lagu, lirik nasyid, bukannya aku nak suruh korang nyanyi lagu tu, tapi itu juga salah satu ekspresi terhadap apa yang aku rasa, ekspresi jiwa aku pada ketika ini.
Walaupun ayat 'WADAH PERJUANGAN' tu aku cilok dari slogan DCL, tapi memang kena pun dengan apa yang nak aku luahkan. Mungkin korang tak nampak apa yang aku buat ni adalah satu perjuangan, tapi pada aku memang iya. Bila perkataan 'BERJUANG' itu digunakan, maksud aku ialah apa sahaja yang aku lalui sekarang ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Kenapa tidak? Antaranya?
- Antaranya ialah hidup di kalangan orang-orang yang TIDAK PERCAYA akan IMPAK KEJAYAAN DALAM MLM dan malahan diri aku sendiri PERNAH bertanggapan begitu...
- sukarnya aku untuk meyakinkan orang-orang yang PALING RAPAT dengan aku bahawa jalan yang aku pilih adalah tercipta untuk aku korang tanak takpelah biarlah AKU YANG LALUI.
- Bekerja dengan orang-orang yang dah biasa dalam MLM aku rasa kerdil. tapi dengan rasa kerdil ini akan aku gunakan untuk membina keyakinan dan belajar cara leadership yang paling baik
- Masa. Masa SANGAT cemburu akan aku. Masa untuk kerja. Masa untuk jumpa Prospect. Masa untuk prepare. Masa untuk suami. Masa untuk anak-anak. dan jarang sekali aku ada masa untuk diri aku sendiri 100%. Bila aku CUBA luangkan masa untuk diri sendiri 100% [macam pegi tgk wayang kat cinema yang memang aku tatau nak explain camana it's just my thing] ada lah tu orang yg akan jengkel. So... no me-time, and others'-time also NEVER enuff.
Tu je? Apa lagi perjuangannya? Ah terlalu banyak. SANGAT banyak dan hanya aku yang tahu. Ada jugak cakap bila aku guna ayat berjuang ke jalan Allah dan untuk bangsa aku, aku ni racist. RACIST? Hello I married a half-chinese. If I am a TRUE racist, I wouldn't even consider to take Mr Zairi as my KAWAN pun ok? Ni sekarang dah berumah bertangga sehidup semati, racist hapernya?
Aku hanya nak ubah Hidup Orng Melayu yang DAPAT AKU SENTUH. Yang TANAK DISENTUH, sorry, I won't force you. Hanya korang yang boleh buat decision untuk ubah haluan hidup kornag. tapi kalo korang rasa haluan hidup korang dah memang tak payah diubah, so be it. Pada aku, aku nak tengok anak bangsa aku TIDAK berotak lembap seperti yang aku selalu jumpa. Blur, Slow, Lembap, Miskin, kalau takpun bergaye macam tak miskin tapi hutang sana sini [aku la tu kan dengan credit card aku yg 3 tuh], gedik, tak positif, rajin mencari alasan, ha kalo ada kriteria tu semua confirm MELAYU la tu. Tak malu ke bila bangsa kita dilabel macam ni? Isk isk iskkkk!!!!
Maka dengan sebab itulah... BIARLAH AKU SAHAJA YANG TAHU WADAH PERJUANGAN AKU. Lagipun Dato's Stapa cakap Orang BERJAYA mencari JALAN orang GAGAL mencari ALASAN. Aku tanak gagal lagi!!! Biarlah aku UBAH haluan aku supaya aku bebas beban kewangan, dapat pulak naik haji umur muda muda aduhhh manisnya... Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah ingatkan kami satu Hadis sahih "Barangsiapa yang tidak berubah menjadi lebih baik lebih dari dua hari, maka sesungguhnya dia hidup dalam kegagalan"
Kamu yang curious dan ingin tahu, confront me. But U can never get the right answer. Sebab korang tak lalui apa yang aku lalui, korang tak rasa apa yang aku rasa dan korang tak hidup sebagai Zaza/Jaja/Eejay/DeqJa selama 28 tahun.
No comments:
Post a Comment