August 27, 2009

Tabahkan aku dengan dugaan-dugaan-Mu ini ya Allah...

Nenda dah meninggal dunia. I am already very devastated on that.

Tetapi melayu tetap melayu. Ada kematian atau tiada kematian, mengumpat adalah satu menu utama dalam kehidupan. Sanggup tak pergi tahlil untuk mengumpat? Apakah?!

Tak mengapalah. Aku tidak mahu mengaibkan kamu-kamu semua yg telah mengaibkan aku dan keluarga, saudara kamu sendiri. Apa masalah kamu aku tatau. Dari kecik sampai sekarang dah tua dah beranak-pinak masing-masing, perangai kamu semua tidak berubah!! Bawak-bawaklah bertaubat dan ke tikar sejadah, tidakkah kamu nampak bagaimana jenazah dimandi dan dikapankan? Tidakkah peristiwa itu semua membawa keinsafan? Tidakkah kamu terfikir bahawa tubuh yang terkujur itu suatu hari nanti adalah tubuh kamu? Tidakkah kamu terfikir bahawa kamu semua akan dimandikan juga? Dan manalah kamu tahu bahawa bukan AKU atau orang lain yang kamu HINA yang akan memandikan kamu semua? Apa masalah mental kamu semua ni?!

Sudah-sudah lah memburuk-burukkan orang. Tak payah jadik judge penentu siapa yang masuk syurga atau neraka, itu semua kerja Allah! Aku bukan nak berlagak di sini, tetapi sesungguhnya aku sudah pernah MENANGIS MELIHAT PADANG ARAFAH YANG SUBUR MENGHIJAU tanda hampirnya kiamat! Dan kamu pula sebuk mengatakan pada ibuku tentang seksa dan azab di padang mahsyar sedangkan ibuku sudah 4 kali menjejaki tanah Arafah malah sudahpun wukuf di sana?! Masya Allah... bongkak dan takabburnya manusia. Malu aku. Malu menjadi saudara kamu!

No comments: