Aku bukan seorang Muslim yang sempurna. Aku bukan Nabi yang maksum. Tetapi aku adalah hamba-Nya yang sangat hina, pernah melakukan segala macam kehinaan dan sekarang aku hanya ingin mencari keredhaan-Nya sebelum terlambat!
Aku mempunyai anak-anak yang perlu dididik, seorang adik lelaki yang bakal menjadi imam kepada keluarganya, seorang makcik yang kini hampir buta yang telah diwasiatkan oleh Arwah Nenda kepada keluarga aku untuk menjaganya. Aku adalah anak yang sulung. Kalau bukan aku, siapa lagi yang bertanggungjawab memastikan mereka semua ini pandai membaca Al-Quran? Jadi hari ini, setelah berfikir panjang, aku mempunyai sedikit ilmu. Ilmu aku tidak mempunyai kelulusan utk melayakkan diri menjadi seorang ustazah. TETAPI, dari melihat keluargaku jahil, biarlah aku turunkan ilmu yang aku ada sebelum terlambat! Sesungguhnya kematian demi kematian yang telah aku lihat dengan mata kepala sendiri sangat membuatkan aku sayu. Aku sendiri sudah keluar masuk hospital entah berapa puluh kali, malah mungkin cecah ratus! Manalah tahu, masa untuk ku tidak berapa lama lagi? Tapi jika benar masaku tidak lama, aku pohon di ambil nyawa dalam bulan Ramadhan juga ya Allah!
Aku mahu anak-anak, adik-adik dan Ucu boleh membaca Al-Quran dengan baik. Jadi aku akan cuba sedaya-upaya aku untuk mencari lagi ilmu yang semestinya belum lengkap dan sampaikan kepada mereka. Kalau ada rezeki lagi, mungkin aku sendiri ingin mengaji semula. Kalau boleh, biarlah Atim, Jazzy & Khayra hafal Surah Yasin... itu sahamku untuk di kubur nanti. Moga semasa giliran aku tiba untuk ditanamkan azab dan seksaa kubur itu berkurangan dengan bacaan Yasin mereka... Ya Allah... Permudahkanlah!
No comments:
Post a Comment