Sebagai seorang Muslim yang diberi ilmu, aku tau aku tak sepatutnya menangis jika yang tersayang pergi... Ia hanya akan menambahkan pedih pada arwah. Tapi... apakan daya aku. Aku seorang manusia, ada hati, ada jiwa. Aku ada memori, dan aku juga tak ingin kehilangan memori itu....
Aku terlalu terkilan, sehingga kini tak dapat hantarkan air tangan aku yg terakhir, yang memang aku sudah niatkan untuk dia. Namun aku ebrsyukur dapat membalas jasanya memasakkan makanan aku semasa membesarkan aku sejak dari Langat, ke Hussein Onn, malah di Putrajaya pun. Aku dah besar panjang, dah bersuami, dah bekerja, dia masih memberikan aku bekal makan makanan kegemaran aku. Padahal sewaktu aku kecil, aku tak terluakkan santan-santan, sambal-sambal yang berminyak, cili api yg pedas menyengat yang dimasakanya... tapi bila aku dah dewasa, itu yg aku nantikan! Dan kini... itu yang aku dambakan!
Aku tatau sampai bila aku akan meratapi pemergian nenek... seharusnya aku gembira kerana dia pergi dengan aman, tanpa sebarang aib malah dimuliakan dengan segala kemudahan pengurusan jenazah. Tapi aku terlalu sedih... sangat sedih... aku masih menangis, aku termimpikan dia sebelum terbangun utk solat tahajjud... Dan Allah Maha Kuasa, aku masih suci, tidak ada tanda-tanda aku akan epriod semula. Mungkin Allah tahu aku ingin sedekahkan Yasin banyak-banyak pada arwah, selagi tanah kubur arwah masih merah!
Nenek, kalaulah nenek tahu betapa rindunya Zaza pada nenek sekarang!
No comments:
Post a Comment