July 27, 2011

La Tahzan....

Kau calarkan maruah dan jiwa ini.
Kau carik-carik nama yg aku bina selama ini.
Kau rampas pintu rezeki alihkan kepada yang lain.

Aku boleh terima itu semua. Aku redha... aku cuba redha seikhlas mungkin.

Kerana KAU BUKAN TUHAN, Bukan Allah, Tuhanku yg SATU. Bukan penentu rezeki ku, bukan penentu Qadha' dan Qadhar ku.



Aku bertanya.... Kenapa aku diuji? 

  Allah berfirman ~ "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ~ Surah Al-Ankabut, ayat 2-3 

No comments: