October 06, 2009

Rupanya Nenda ada Pengganti...

Semasa Nenda pergi meninggalkan kami, rupanya ada benih yang mengganti. Tapi tak ada siapa yang sedar...

Disebabkan tak tahu kewujudannya, benih itu tidak dijaga dengan baik, tidak disiram dengan segala zat dan nutrisi yang diprelukan malah tidak ditatang kehadirannya...

Tapi sehari sebelum hari raya benih itu juga sudah meninggalkan aku, merajuk tidak dijaga. Aku pulak melasak dan makan yang bukan-bukan, kalau tak silap siap minum pineapple juice lagi malam raya tu masa berbuka.

Aku dalam pantang sekarang, buat kesekian kalinya. Airmata dah tak mampu nak mengalir, sebulan dua ni asyik menangis aje. Jadi dalam diam pendam ajelah. Sekiranya ada rezeki selepas ini, setelah disahkan rahim aku sihat dan sudah bersedia oleh pakar sakit puan semalam, aku janji akan dijaga dengan baik, sampai dia menjengah dunia.

1 comment:

Norhadar Taharuddin said...

.:: Sabar ye Zaza... Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya... Jom berusaha bersama-sama... Gambatte!!! ::.