This is the first draft of the speech I prepared for a talk I'm giving tomorrow. Saya nak kongsikan sekali kat sini so that anda semua terutama WANITA & SUAMINYA dapat manfaat sama.
Assalamualaikum wmt wbt, Salam Ukhuwah, Salam Perjuangan dan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini. Dalam kesempatan yang diizinkan Allah ini saya terlebih dahulu ingin memperkenalkan diri saya, Iza Zuhana Hj Zulkifle - Zaza 28 tahun dah ada 2 anak dah. Pernah menuntut di UTM & LUCT dalam dua bidang berlainan – Tele-Eng & Multimedia. Pernah juga menjadi Creative Director dalam sebuah syarikat pengiklanan dan Menjadi Pensyarah Multimedia di LUCT.
Saya dilahirkan oleh dua insan yang mempunyai *strong believe* dalam bidang perniagaan. Walaupun mereka pernah bekerja makan gaji, tapi kerana sangat percayakan hadith Rasulullah SAW 90% dari punca rezeki adalah dari bidang perniagaan, mereka telah menceburi bidang perniagaan sejak tahun 1990 lagi.
Dengan latarbelakang saya yang sudah saya ceritakan tadi alhamdulillah memang benar pendapatan saya berada di tahap yang selesa. Memungkinkan saya memperolehi sebuah kereta yang membolehkan saya ke hulu ke hilir… tapi ketika itu, bila sampai ke bab-bab extra sikit… dah sangkut. Contoh macam saya nak hantar education lebih sikit.. piano katakan. Pikir sepuloh kali sebab… nak beli piano tu bukan calang-calang harganya. Kot ya pun piano digital doesn’t cost much, RM3k je pun… untuk orang macam saya ketika makan gaji… nak carik RM3k selepuk bukan mudah, setuju? Dan tak payah saya cerita lagi, banyak lagi contoh lain contoh nak support anak anak belajar di universiti lah, nak beli kasut yang ada quality sikit karang… tgk harga RM400+ dah tak jadik beli sebab rasa macam membazir padahal bila kita tgk kualiti dia tahan lama, dari kena beli 5-6 kali setahun. Pastu macam saya bukak akaun Tabung Haji, seharusnya itulah duit yang saya tak sentuh, tapi hmmph.. simpan sikit keluar balik, simpan sikit keluar balik ntah bilalah agaknya saya dapat nak pergi haji kalau camtu gayanya. Atas sebab itu, bila saya nampak usahawan DCL yang dah terbukti capai kejayaan, hidup dalam kebebasan, bebas hutang, bebas fikiran… saya kata tak boleh jadi. Inilah jalan yang perlu saya ikuti…. Kenapa mesti saya nak duduk lama lama kat sana makan gaji dengan seseorang yang bukan Muslim? Walaupun niat saya pada awalnya adalah untuk memberi education tetapi… niat saya itu, *kurang* kesampaian. Bukan tak sampai, kurang sampai. Atas sebab apa biar saya sahaja yang tahu tak payah citer panjanglah tentang buku lama ni… kita cerita tentang buku baru jelah ya.
Selama sebelum saya terbuka hati untuk MELETAKKAN JAWATAN TERAKHIR saya sebagai seorang Pensyarah di universiti antarabangsa, saya ni memang seorang yang sangat tipikal. Biarlah makan gaji dah oklah tu, apa ni MLM lekehlah… tapi ibu bapa saya dengan sabar dan tidak putus asa dengan saya. Saya dulu diorang suruh jadik proxy saya angguk kepala je. Tau tau dapat la bonus free sikit ujung bulan 200-300. tapi pada satu ketika tu saya memang sedang bersedih tentang kehidupan saya dan kebetulan pulak ibu saya secara paksa suruh saya pergi seminar DCL… masa seminar tu di panggil speaker-speaker yang memang power lah Dato Dr Fadzilah Khamsah… Datok Maznah Iron Lady… kemudian ada juga fasilitator nya yang dia ambil CA-CA dalam DCL. [to explain sikit CA ni kira dah pangkat paling tinggi n kaya dah berjaya – duit and what nots]. Bila diorang ni bagi motivasi, alahai datin-datin dan puan-puan sekalian kita ni bukan tak bermotivasi atau tak pernah pergi kursus motivasi tapi pada masa tu kebetulan memang saya sedang bersedih dengan situasi saya jadi banyaklah yang terkena batang hidung. Bila disebut tentang PENGORBANAN & PILIHANA - Itulah sejarahnya pulang dari seminar itu saya BUAT PILIHAN yang saya FULL SWING buat DCL sampai berjaya kerana SAYA YAKIN suatu hari saya akan sampai ke puncaknya.
Datin-datin dan puan-puan yang saya hormati, tatkala ekonomi sedang merudum saya lepaskan fix-income saya. Kenapa saya berani buat keputusan begitu? Kerana saya tahu, DCL mampu berikan saya kebebasan kewangan kerana sudah terang terbukti ada wanita yang mencapai pendapatan bulanan RM75k. orangnya bukanlah bionic woman atau sangat berpengaruh, dia hanyalah seorang bekas guru, (to show kat suratkhabar as bukti) bukan dia seorang, ada sorang ni saya nampak dia masa kursus, pun dah capai CA, umor dah 60, datin-datin & puan puan!~jadi kalau mereka yang macam tu boleh dapat puluhan ribu sebulan kenapa saya tidak boleh? Kenapa KITA tidak boleh? Datin datin, puan puan… sebab PILIHAN. Sebab kita pilih untuk TIDAK ke arah itu. Tetapi saya yakin dengan bidalan kalau ada kemahuan PASTI ada jalan. KITA MAHU dan kita POHON KEKUATAN dari ALLAH SWT agar kita DAPAT CAPAI kehidupan yang BEBAS DARI HUTANG DAN KELUH KESAH. Salah satu caranya… ialah… dengan bersama-sama dengan sebuah syarikat yang teguh, DCL. DCL bukan calang-calang sykt puan puan, DCL punya SALE sebulan RM25 JUTA tak tipu ini semua kalau nak bukti jom ikut saya pergi HQ malam rabu. Jumpa sendiri dengan Dato’ Stapa tok pa betulka DCL ni sale sebulan 25 juta? Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan insan yang memperjuangkan ekonomi ummah ini, saya yakin puan-puan tidak akan melihat kebelakang lagi.
Puan puan bukan saya tak biasa macam macam keluh kesah dari para wanita yang saya temui masa nak menaja… susahlah Zaza akak ni anak kecik menetek… tak bolehla Zaza akak ni tak pandai bercakap… akak ni pemalu… masya Allah lepas tu ada satu lagi alas an yang paling….. selalu kita dengar HUSBAND SAYA TAK BENARKAN BERNIAGA. Datin-datin puan puan renungkan betul-betul apa yang saya nak katakan. Harap terima dan renungkan dengan hati yang tenang…cuba kita kenang kembali kehidupan Rasulullah SAW. Terlupakah kita bahawa isteri Rasulullah SAW yang paling Baginda cintai, yang satu-satunya isteri yang mengurniakan Baginda zuriat merupakan seorang USAHAWAN? Bukankah perkenalan mereka bermula ketika Rasulullah SAW bekerja dengan Sayidatina Khadijah yang merupakan seorang peniaga yang berjaya? Dan kemudian sesudah berkahwin dengan Rasulullah SAW adakah Baginda melarang Sayidatina Khadijah berniaga? TIDAK. Malah Baginda sendiri bersama-sama dengan Sayidatina Khadijah membangunkan perniagaan mereka. Adakah dengan Sayidatina Khadijah menjadi seorang usahawan, dia digelar seorang ibu yang mengabaikan anak-anaknya? Jadi saya sedih… jika benar ada suami seorang Muslim tidak membenarkan isteri-isteri mereka berniaga…… masya Allah. Tetapi saya percaya, sekiranya kita ni sebagai seorang isteri benar benar ikhlas untuk menjana ekonomi keluarga, saya rasa suami suami kita RELA dibantu. Terutama sekali dalam keadaan ekonomi sebegini.
Saya juga percaya sebenarnya seorang suami or even keluarga kita tu hanya concern tentang hala tuju kita. Dia risau kita ni buat benda yang bukan-bukan. Tapi kalau kita berjaya yakinkan suami/keluarga kita yang kita BOLEH dapatkan kewangan yang kukuh, anda rasa dia nak marah? Kalau kita ini seorang srikandi yang bijak mengatur masa, kejar dunia kejar juga akhirat, berpegang teguh kepada firman Allah beribadatlah kamu seperti tiada lagi hari esok tetapi berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya, anda PASTI akan berjaya di dalam perniagaan anda. AGAIN saya tekankan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biarlah kita ini menjadi BIDADARI di mata suami dengan membantu mengukuhkan ekonomi keluarga.
Datin-datin dan puan puan dalam keriuhan kita sedang cuba untuk memboikot produk dari yahudi, marilah kita berpaling kepada produk kaum kita sendiri. Produk-produk DCL halalan toyyiba dan sangat hebat. Dari segi produk sendiri kita dah nampak perjuangan Dato’ Stapa. Dato Stapa memasarkan produk makanan tambahan dan kesihatan agar ummah kita sihat sejahtera. D’Genius dan E’Genius contohnya dipasarkan khas supaya anak anak dan kita sendiri mantap mindanya. Bidadri dan Qshe agar harmoni rumahtangga masjid yang dibina jangan suami-isteri tidur tak sebantal mandi tak sebilik lagi. Nig`Ella, cold-compress dari habbatussawda’ yang di dalam hadith sahih ada mengatakan Habbatussauda boleh menyembuhkan semua jeni penyakit kecuali As-Sam [maut). Kukuhkan ekonomi umat Islam, siapa umat Islam? ANDA SEORANG MUSLIM. KITALAH UMAT ISLAM. PENGASAS DCL UMAT ISLAM. KAMI UPLINE ANDA YANG FOREVER WILLING MEMBANTU MENDIDIK ANDA ADALAH ISLAM. KUKUHKAN EKONOMI KITA. Jihad kita mungkin bukan dengan menghunus senjata seperti Sayidatina Aisyah ketika Perang Siffin dan Jamal tetapi Jihad kita Jihad Ekonomi.
Sekian dari saya insya Allah berjumpa kita di puncak kejayaan… Wassalam wa Barakallahufekum.
No comments:
Post a Comment