November 26, 2008

Pengorbanan. Turning Point.

For starters, I've been meaning to post this since Monday. But I was so caught up with a lot of work but the words have been bugging my head eversince.

I've made a HUGE decision which maybe [maybe not] and even ALREADY gave a shock of many people's lives, especially those around me, be them my friends, foes, colleagues and even yang dikasihi suami tercinta, Azamzairi.

Somehow or rather it didn't gave my parents a shock, it gave them JOY, instead. Alhamdulillah. Sementara diorang masih ada aku nak cuba berbakti banyak-banyak walau apa pun bentuk keadaan dan rupa hubungan aku dengan mereka.

Pada hari Isnin, pukul 12.00 tengahari, aku telah berjumpa dengan Head of School untuk menghantar Surat Perletakan Jawatan dengan notis 60 hari [seperti dalam kontrak tapi masih dibincangkan]. Dan ironinya, dia fikir aku datang jumpa dia untuk ambil Confirmation Letter aku yg stuck dalam drawer dia for 2 months. Jadi Confirmation & Resignation Letter bertukar tangan...

Kenapa?

  1. Aku akan berniaga sepenuh masa dengan Papa & Mama taking over Emas Sutera's Management but of course they still have the biggest say.
  2. Kerana apa yang aku mahu dalam hidup aku ini adalah kebahagiaan Duniawi & Ukhrawi. Aku sudah tidak tahan menanggung dosa dalam menentukan future seseorang.
  3. Kerana aku tahu walau di mana aku berada aku masih akan lelah dan stress bekerja dan di situ stress aku hanya berharga kurang RM3000. Walhal sekiranya aku teruskan dengan perancangan ku, aku yakin dan pasti aku akan bebas dari HUTANG dan mampu memberikan suami & anak-anak satu kehidupan yang selesa. dari sini banyak lagi titik tolak yang menjadi faktor utama perletakan jawatan ini TERUTAMA sekali keinginan untuk Menunaikan Haji ke Baitullah dalam usia yang masih MUDA.
  4. Untuk mencapai semua impian ini aku memerlukan PENGORBANAN yang akan aku elaborate dalam para seterusnya.
  5. Kerana aku tidak hanya ingin mendapat Istidraj dari Allah, tetapi juga Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun yang mana aku rasa sukar untuk aku kecapi bila aku tidak bekerja dengan ikhlas dan kurang berdamping dengan orang-orang yang ikhlas
  6. Kerana hati aku ni sudah puas sebak & sesak menanggung keinginan untuk menghantar anak-anak belajar macam-macam perkara tapi belum ampu dilakukan kerana... MASA & WANG yang belum pernah cukup!
  7. I strongly feel I'm born to lead, too keras kepala to be lead

Pengorbanan? dan mengapa sekarang? Tiba-tiba? Bagi mereka yang tahu aku baru pulang dari Seminar Motivasi & Kepimpinan. Ah... ya aku tahu. Mana yang kenal aku sejak zaman muda dahulu akan berfikir 'Alah Zaza bukan tak biasa pergi kem motivasi malah pernah dibasuh cukup-cukup masa dalam JKM KTC dulu' Tetapi itu dulu! Dulu aku tidak mempunyai keluarga. Dulu aku belum mempunyai impian setinggi sekarang. Dulu aku belum bersuami. Dulu... ah macam-macamlah. Tapi kalau juga kalian tahu masalah-masalah dan dilema-dilema yang aku lalui, kalian tak akan terkejut bila aku kata air mata aku yang memang dah murah ni tak henti-henti mengalir pada hari kedua seminar itu. Hari pertama aku langsung tidak terdetik untuk melepaskan pekerjaan yang boleh dikatakan 'glamour' & 'international' ni tapi... hari kedua... I really don't know how to explain. Satu persatu kata-kata fasilitator kena TEPAT pada muka aku. Ibu bapa aku juga mungkin hairan tengok anak mereka ni tak henti-henti menangis ketika orang lain bersorak melaung-laungkan impian mereka. Dan perkataan PENGORBANAN juga tidak henti-henti dikatakan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Allah saja yang tahu apa aku lalui ketika itu. Berat sungguh terasa bahu ini. Makin Berat bila tiba-tiba naluri aku terfikir untuk berhenti kerja! Aku berfikir dan berfikir mempertimbang apa option yang aku ada dan hanya itu satu yang nampak. Ibu yang mengandungkan aku [walaupun asyik asyik carik gaduh je ngan aku] seakan faham apa dalam benak anaknya ini. At one point, tiba-tiba dia berkata "Mama agree kalau U nak berenti". Korang tau tak aku terkejut? Apasal plak? Sebab Mamalah yang beriya-iya suruh aku BELAJAR kat situ, MENGAJAR kat situ tapi sekarang dia pulak kata TAKPE BERENTILAH dari situ. baru minggu lepas aku nyatakan aku dah tak bosan kerja kat situ dia yang suruh bertahan selagi boleh... Setelah dia kata ya, Papa juga nampak happy bila perkataan itu terpacul dari mulut aku dan Syamin tiba-tiba konpius, makin kuatlah hati aku. Tapi... Belum aku hebahkan hasrat itu kepada Hubby kerana... Kerana aku perlu petunjuk dari Allah SWT.

Malam itu lewat kami sampai ke rumah sebab hantar Kak Een & Kak Zana lagi ke Semenyih & Langat [ya kami pergi anak-beranak]. Penat, letih [yelah kalau korang tau Seminar Motivasi ni semuanya nak cepat main pakai & capai apa yang dapat punya jenis] tapi walau macamana penat, aku Solat Istikharah right before going to sleep. Jarang aku bermimpi jika aku Solat Istikharah, selalunya jawapan yang akan aku ikut adalah gerak hati pertama setelah aku bangkit dari tidur. Tapi malam itu aku bermimpi dan mimpi itu sangat-sangat jelas dan aku boleh ingat sampai sekarang. Aku mimpi menyorong Luggage masuk kapal terbang, tiba-tiba scene bertukar menjadi aku dan mama sedang memilih shawl & selendang and sumwhere in my mind i know it's in Korea dengan anak-anak tengah seronok main kejar-kejar. Jelas bukan? Mimpi itu bermakna Allah tunjukkan aku harusnya BERNIAGA bersama-sama dengan ibu aku. Jadi hanya setelah aku taip surat itu keesokan harinya aku beritahu Hubby melalui Skype. AKu pasti korang boleh agak apa reaksi dia pada mulanya tapi sebagai suami yang memahami isterinya aku rasa dia tahu tak ada apa yang dia cakap akan ubah keputusan aku. Terima Kasih Babah.

Apa Pengorbanannya? Antara lain ialah peluang meneruskan DEGREE under Staff Development next semester.

Teringin benar aku share summary isi kandungan motivasi terutama sekali untuk mereka yang tidak dapat hadir pada hari itu tapi tunggulah aku akan create satu pos khas untuk itu.

3 comments:

erykkun said...

i support u.. i do think we as a person need to do some sacrifice for better things. i wish u luck and hope i can follow ur suit.

-zaza:o:binxz- said...

i'm sure one day u will :o).
mana tau kan tiba tiba satu hari aku tgk erry dah bukak design firm, production firm ke, pergh!

Herleen said...

finally eejay... 2 people that i knew resigned from luct recently... linda (fajura's staff) and u. my friend @ KLMU as well from luct, badrul (from design school) and now dean @ KLMU.
i believe that u learnt a lot @ luct. yes, we have no right to decide on someone future and i knew what u mean by that. i was there as well once upon a time.
sometimes, bila hati nekad untuk berkorban, hikmahnya akan datang kemudian. waktu itu, kita akan sedar, inilah harganya sebuah pengorbanan...