Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku juga percaya bahawa sakit yang diturunkan Allah kepada setiap umat manusia adalah penghapus dosa. Maka aku percaya segala kepayahan yang aku terima haruslah kerana Dia sangat menyayangi aku.
Andainya dikira berapa kali dalam setahun aku jatuh sakit, sekiranya dibuar graph perbandingan pada semua rakyat Malaysia ni, agaknya akulah yang mencatat rekod tertinggi. Baru semalam aku di beri intravenous [drip] lagi, kerana ada bakteria dalam darah. Bakteria apa? doktor sendiri tak tahu, Allah sahaja yang tahu. pagi semalam aku pergi ofis dengan badan yang sihat, masih boleh mengukir senyum dan bergurau dengan kawan-kawan. tiba tiba around 9am, badan aku sakit, lemah semacam. sempat lagi aku tumpang Ivan n Terence pergi Jusco, diorang pergi makan, aku pergi post office mengepos jualan online, malas nak drive. Sementara tunggu diorang abes makan, aku ingat nak shopping, but i ended up duduk kat kerusi yang ada kat situ, langsung tak larat.
Ini tka boleh jadi. Aku call student cancel kelas petang. Aku pergi An-Nur, driving terhuyung hayang. Sure kereta lain menyumpah kat aku, aku pohon maaf pada saper yang nampak viva biru drive macam ular kena palu semalam, aku tak daat control kereta dengan baik, nasib baiklah dekat Cyberjaya ke Bangi. Tapi yang peliknya, aku tak payah pasang air cond, badan aku menggigil sejuk, padahal cuaca tengah panas terik semalam.
Kat An-Nur test darah... tinggi kadar bakteria dalam darah aku. Doktor suruh duduk ward, aku ni pantang la dengar perkataan ward tu, menitis la airmata aku. First thing in my mind will be my kids. Aku tak boleh tido kalau anak-anak tak ada! Nampak airmata aku doktor came up with another solution, to give me a very high dose of antibiotics there n then [drip], and sambung lower dosage pills kat umah, then come again 2 days later. Of courselah itu yg aku pilih.
2 jam lebih kurang, aku sempat tidur kat emergency room tu. Boss aku pun telefon, tapi alhamdulillah dia tak marah. kalau ikutkan main cancel je kelas maunya aku kena bebel, tapi agaknya bila dia dengar aku kena drip, dia mellow down. aku pun tengah ada masalah kat opis yang aku malas nak citer sebab bagi aku conscience aku clear. Abeh kena drip, aku terpaksa drive balik, kalau tunggu azam nanti terlampau banyak kereta, so aku gagahkan diri drive lagi sekali. mama dah bising dah tak kasik drive, tapi yelah kalau pikir balik saper pulak nak drive viva debok aku tu nanti? so i drove very very slowly, one hour baru aku sampai umah.
Agaknya... Allah nak suruh aku rest kot. Dia tahu i've been working hard. Arini aku dapat rest, dapat tunaikan Solat Dhuha, esok pun Nuzul Quran, jadik malam ni boleh lah buat ibadah sedikit sebanyak... betullah, memang ada himahnya :)
3 comments:
thanks for dropping by. So long i didnt update, sampai aku terlupa password... u take care ok... risau aku baca ko drive terhuyung hayang... doctor sape yg ko jumpe kat an-nur ? I used to cover Prof Rashid....
~wendy~
aaa doctor arab hahaha nama dia saper ah aku lupa dulu ada mention aku pun tak ingat
no worries aku akan cuba untuk menglak dari perkara yang tak baik terutama sekali melanggar orang bulan bulan puasa ni :D
dah ingat dah nama dia doctor aiman :)
Post a Comment